Resepi Kuih Ketayap Sukatan Cawan Mudah dan Sedap



Berikut disenaraikan cara dan resepi untuk memasak kuih ketayap dengan menggunakan sukatan cawan yang simple dan sedap. Kuih ini sesuai disajikan sebagai juadah sarapan pagi, minum petang dan juga untuk juadah berbuka puasa.

Senarai Koleksi Resepi Emajalah2u 

Bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak kuih ketayap simple:

2 sudu minyak masak
3 helai daun pandan
pewarna hijau
secawan tepung gandum
1 1/2 cawan santan
1 1/2 sudu teh garam
2 biji telur


Cara-cara membuat kulit kuih ketayap:

1. Pertama, hiris daun pandan kecil-kecil dan kisarkan bersama santan pekat.
2. Kedua, tapiskan airnya dan perah. Masukkan tepung gandum, telur, sedikit pewarna hijau dan garam secukup rasa.
3. Ketiga, masukkan adunan tadi ke dalam pengisar dan kisarkan sehingga adunan menjadi sebati. Kaedah ini dapat mengelakkan adunan menjadi berketul.
4. Keempat, panaskan kuali. Gunakan api yang perlahan.
5. Kelima, sapukan kuali dengan sedikit minyak menggunakan simpulan daun pandan. Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali lalu layag-layangkan adunan.
6. Biarkan sehingga kuih masak. Angkat dan ketepikan kuih setelah kuih masak sepenuhnya.
7. Akhir sekali, ulang langkah yang sama hingga adunan habis.

Bahan-bahan diperlukan inti kelapa kuih ketayap:

3/4 cawan gula merah
1/2 cawan air
1/2 sudu teh kecil garam
1/2 biji kelapa putih parut
2 helai simpulan daun pandan
2 sudu tepung gandum

Cara Membuat Inti Ketayap

1. Mula-mula, didihkan air dalam kuali.
2. Kemudian, masukkan gula merah, garam dan daun pandan kedalam kuali sehingga mendidih.
3. Masakkan sehingga gula larut. Masukkan kelapa putih parut lalu kacaukan sedikit-sedikit sehingga airnya kering.
4. Seterusnya, apabila inti kelapa berada dalam keadaan yang agak lembap, taburkan tepung gandum.
5. Kacau rata inti bersama tepung. Tepung bertujuan mengelakkan inti daripada melekat.
6. Sejukkan inti. Letakkan inti kelapa manis ke atas kuih tadi dan gulungkan kemas.



0 comments :