Kuih cakoi atau chakoi adalah merupakan kuih yang popular di kalangan masyarakat cina dan melayu di malaysia. Populariti nya menyeluruh dari sabah hingga perlis dan juga popular di kampung mahupun bandar.
Berikut dipaparkan senarai kaedah cara-cara memasak resepi cakoi kampung tradisional yang sedap dan lazat. Hidangan ini sesuai dijadikan sebagai hidangan minum petang bersama keluarga.
Senarai Koleksi Resepi Emajalah2u
Bahan-bahan diperlukan untuk membuat kuih cakoi:
- 1 sudu besar susu pekat manis
- 1 sudu kecil garam
- 400 g tepung gandum
- 3 sudu besar gula pasir
- 2 sudu kecil yis kering
- 1 biji kuning telur
- 1 cawan air
- 1 sudu besar marjerin (dicairkan)
- 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
Cara Membuat Kuih Cakoi Recipe Mudah Sukatan Cawan:
1- Mula-mula, campurkan susu pekat,gula pasir,yis,telur,marjerin,soda bikarbonat,garam dan air kedalam satu mangkuk.
2. Kemudian, masukkan pula tepung gandum sedikit demi sedikit kedalam adunan dan uli sehingga doh menjadi lembut dan tidak melekat.
3. Seterusnya, doh direhatkan selama 30 minit dan ditutup dengan kain yang lembap.
4. Selepas itu, canaikan doh tersebut dengan berbentuk persegi, 1/2 cm tebal, dan tindihkan doh menggunakan lidi atau chopstik kayu.
5. Akhir sekali, gorengkan cakoi sehingga kekuningan.
Kuih ini dijual di gerai makan seluruh negara dan terdapat juga pilihan antara kuih cakoi pasar malam dan cakoi mcdonalds yang lembut dan enak.
Antara variasi resepi cakoi paling sedap dalam pembuatan kuih ini adalah seperti cakoi cheese dan kuih cakoi coklat yang juga mendapat sambutan ramai para ahli suri rumah tangga.