Resepi Kuih Mochi Jepun Sedap Mudah



resepi-kuih-mochi-jepun-sedap-mudah

Resepi Kuih Mochi Jepun Sedap Mudah

Kuih mochi adalah kuih yang berasal daripada Jepun. Namanya yang unik pastinya semua tahu kuih ini makanan Jepun. Kuih mochi mempunyai warna-warna menarik.

Bahan-bahan yang diperlukan:

110g gula pasir

2 sudu teh serbuk vanila

200ml santan

220g tepung beras pulut

pewarna hijau

pewarna merah

tepung beras pulut untuk menyalut Inti :

kacang merah

kacang hijau

Senarai Koleksi Resepi Emajalah2u 

Cara-cara penyediaan kuih mochi:

1- Pertama, campurkan tepung beras pulut, serbuk vanila dan gula kedalam mangkuk.

2- Kedua, masukkan santan sedikit demi sedikit ke dalam aduanan lalu kacau hingga licin.

3- Ketiga, tuangkan semua adunan tadi kedalam sebuah loyang dan kukuskan selama 20 minit.

4- Keempat, biarkan sehingga adunan masak dengan sepenuhnya dan tidak melekat. Angkat adunan setelah siap dimasak sepenuhnya dan biarkan sejuk seketika.

5- Kelima, apabila kuih sudah sejuk, bahagikan adunan tadi kepada 12 bahagian bulat dan leper. Bulatkan adunan dan masukkan inti kacang merah atau kacanf hijau mengikut citarasa masing-masing. Bentukkan seperti bebola kecil.

6- Terakhir, salutkan kuih mochi berinti tadi dengan tepung pulut yang digoreng terlebih dahulu tanpa minyak.

7- Sejukkan sebelum dihidangkan.



0 comments :