Resepi Kuih Siput Rangup Sukatan Cawan Mudah Sedap



resepi-kuih-siput-sedap-mudah

Resepi Kuih Siput Rangup Sukatan Cawan Mudah Sedap

Kuih siput merupakan antara makanan tradisional yang popular dalam masyarakat malaysia. Terkenal kerana bertuknya yang di gulung kemas di dalam acuan kuih siput.

Terdapat pelbagai stail dalam masakan kuih siput antara nya kuih siput manis dan kuih siput berempah. Juga ada yang mencuba dengan membuat kuih siput perisa ikan bilis.

Senarai Koleksi Resepi Emajalah2u 

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi kuih siput rangup sedap:

500g tepung gandum
1 1/2 sudu besar serbuk jintan putih
2 sudu besar udang kering
2 ulas bawang putih
5 tangkai daun kari
1 biji telur
150ml air
150g marjerin
1 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar rempah kari
1 1/2 sudu besar serbuk jintan manis

Cara membuat kuih siput rangup sukatan cawan simple:

1. Mula-mula, goreng bawang putih bersama sedikit minyak. Kemudian, masukkan udang kering ke dalam kuali tadi sehingga rangup.

2. Kemudian, tumbuk halus kedua-dua bahan tadi dan ketepikan. Sementara itu, cairkan mentega dan sejukkan sebentar.

3. Seterusnya, gaulkan masukkan serbuk rempah kari, serbuk cili, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, tepung dan bahan yang ditumbuk halus tadi lalu gaul rata.

4. Selepas itu, tuangkan mentega cair sedikit demi sedikit ke dalam tepung. Gaulkan tepung dengan tangan sehingga menjadi seperti serbuk roti.

5. Biarkan sehingga mentega menyerap ke dalam tepung agar kuih siput yang dimasak nanti akan rangup. Pukulkan telur dan tuang ke dalam adunan sambil diselang selikan dengan air.

6. Kemudian, gaulkan semua adunan sehingga menjadi doh yang lembut. Tambahkan sedikit air jika doh agak keras. Rehatkan doh.

7. Sediakan pula dulang yang siap ditabur sedikit tepung gandum. Gentelkan sedikit tepung dan tekan di atas acuan kuih siput. Letakkan kuih yang dibentuk di atas dulang.

8. Terakhir sekali, gorengkan kuih siput yang siap dibentuk bersama daun kari sehingga kekuning-kuningan warnanya. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara agar tidak lemau.



0 comments :