Resepi Kuih Tiram Rangup Sukatan Cawan Sedap Mudah



resepi-kuih-tiram-rangup-sedap-sukatan-cawan-mudah

Resepi Kuih Tiram Rangup Sukatan Cawan Sedap Mudah

Kuih tiram juga dikenali sebagai kuih lidah buaya. Ia merupakan salah satu kuih tradisional melayu. Resepi yang mudah dicari dan cara penyediaan yang amat cepat.

Bahan-bahan diperlukan:

2 sudu besar tepung ubi
3 sudu besar marjerin
4 cawan tepung gandum
air garam secukupnya
sedikit minyak masak untuk gam
telur

Senarai Koleksi Resepi Emajalah2u 

Cara-cara membuat kuih tiram:

1- Mula-mula, masukkan tepung gandum, marjerin, telur dan air garam ke dalam sebuah bekas. Lalu ulikan kesemua bahan sehingga menjadi doh.

2- Kemudian, bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan canaikan nipis.

3- Selepas itu, campurkan tepung ubi dengan sedikit minyak masak lalu sapukan diatas adunan tadi.

4- Seterusnya, gulung adunan dan dipotong menyerong. Canaikan nipis sekali lagi.

5- Akhir sekali, gorengkan kuih pada api sederhana sehingga kekuningan.



0 comments :