Resepi Ayam Golek Sos Lada Hitam Sedap Mudah Sukatan Cawan

ayam-golek-sedap-istimewa

Resepi Ayam Golek Sos Lada Hitam Sedap Mudah Sukatan Cawan

Ayam golek pastinya menjadi kegemaran ramai orang samaada kanak-kanak mahupun dewasa. Ayam golek dapat dihidangkan ketika majlis perkahwinan mahupun kenduri lain.

Dibawah merupakan bahan untuk ayam golek dan cara memasaknya.

1. Bahan-bahan perencah ayam golek mudah sedap:

Sedikit mentega
2 sudu besar madu
3 biji bawang besar
3 sudu besar sos lada hitam
4 biji bawang putih
1 1/2 sudu teh garam halus
1 inci halia
1 ketul kiub ayam Knorr
1 sudu besar lada hitam hancur
2 sudu besar gula perang
2 sudu besar herba campuran
Sedikit air untuk mengisar bahan

2. Bahan-bahan sos lada hitam ayam golek panggang:

Beberapa batang seleri cincang
5 sudu serbuk lada hitam
2 sudu besar tepung gandum dibancuh air
1 sudu sos tiram
1/2 biji bawang besar
1/2 cawan susu segar
1/2 tin cendawan butang
2 sudu besar kicap manis
1 sudu mentega
1 1/2 cawan stok ayam
Garam dan gula (jika perlu)

Cara-cara memasak ayam golek (bahan 1):

1. Mula-mula, masukkan kesemua bahan 1 tadi ke dalam pengisar dengan sedikit air. Kisarkan.

2. Kemudian, lumurkan bahan yang siap dikisar di bahagian dalam dan luar isi ayam yang telah bersih.

3. Seterusnya, ayam diperapkan selama 1 1/2 jam - 3 jam.

4. Selepas itu, sapukan sedikit mentega pada ayam perap dan bakarkan/panggang di atas api.

5. Bakarkan ayam yang diperap  selama 1 1/2 jam atau lebih sehingga ayam masak sepenuhnya.
 
6. Akhir sekali, semasa membakar ayam selepas 1/2 jam yang pertama, sapu ayam dengan minyak dan campuran rempah. Cara ini dapat mengelakkan ayam daripada menjadi terlalu kering.

Cara-cara membuat sos lada hitam sedap pedas ayam golek mudah:

1. Pertama, panaskan stok ayam, susu segar, bawang dan juga batang saleri sehingga mendidih.

2. Kedua, tapiskan. Buangkan bawang dan juga saleri.

3. Ketiga, masukkan lada hitam, kicap manis, mentega, sos tiram dan juga cendawan butang kedalam tapisan tadi.

4. Keempat, masukkan garam dan gula secukup rasa.

5. Akhir sekali, masukkan bancuhan tepung gandum untuk memekatkan sos mengikut kehendak masing-masing.

Post a Comment

Previous Post Next Post