Resepi Sedap Kek Red Velvet Cheese Lembut Mudah



resepi-kek-red-velvet-cheese-kukus-sedap

Resepi Sedap Kek Red Velvet Cheese Lembut Mudah

Selain kek coklat, kek perisa red velvet juga menjadi pilihan di kalangan penggemar kek. Dibawah merupakan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kek red velvet dan cara penyediaannya.

Bahan-bahan kek red velvet:

**bahagikan kepada 3 bahagian bahan diperlukan**

Bahan 1:

- 3 biji telur ayam

- 170 gram mentega

- 150 gram gula kastor

Bahan 2: **diayak sekali semua bahan**

- ½ sudu kecil garam halus

- ½ sudu kecil baking soda

- 2 sudu besar serbuk koko

- 250 gram tepung naik sendiri

Bahan 3: **dicampurkan sekali**

- 2 sudu besar pewarna merah

- 1 sudu kecil esen vanila

- 1 cawan buttermilk

Langkah demi langkah membuat kek red velvet sedap:

1. Mula-mula, masukkan mentega dan pukul sehingga sebati lalu masukkan gula dan pukul sehingga kembang.

2. Kemudian, masukkan telur sambil dipukul perlahan.

3. Setelah itu, masukkan bahan 2 tadi diselang selikan dengan bahan 3 sedikit demi sedikit. Bahan 2 dan 3 dibahagikan kepada 3 bahagian yang dimulakan dengan bahan 2 dan diakhiri dengan bahan 3 tersebut.

4. Seterusnya, panaskan ketuhar pada suhu 160'C mengikut sukatan ketuhar masing-masing.

5. Akhir sekali, masukkan kesemua acuan kek kedalam loyang. Bakarkan kek selama lebih kurang 40-45minit sehingga masak sepenuhnya.

Bahan krim keju untuk kek red velvet sedap:

Bahan-bahan diperlukan:

- 70 gram mentega

- 350 gram krim keju

- 200 gram gula ising

- 1 sudu kecil ekstrak vanilla

Cara membuat krim keju:

1. Pertama, masukkan krim keju dan mentega lalu dipukul menggunakan kelajuan sederhana sehingga sebati dan kembang.

2. Kedua, masukkan sedikit esen vanila. Masukkan pula gula ising sedikit sedikit dan diputar perlahan sehingga kembang.

3. Jangan terlalu lama dikhuatiri krim akan cair.



0 comments :