Berikut merupakan info maklumat kads1im dan cara daftar permohonan Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) online atau kad debit pelajar secara online.
Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M Debit) adalah merupakan sistem susbsisdi baru yang akan menggantikan penggunaan baucar buku mulai tahun 2017.
Bagi para pelajar dari IPTA atau IPTS tempatan bolehlah mendapatkan kad debit pelajar KADS1M dengan membuat permohonan secara online menerusi Bank Rakyat mulai 16 Februari 2016.
Info Cara Permohonan Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia KADSIM
1. KADS1M – KAD DEBIT DISKAUN SISWA 1Malaysia
Makna dan pengertian – merupakan sistem baru kerajaan bermula tahun 2017 yang mana merupakan kad untuk kemudahan para pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan untuk menerima diskaun bagi pembelian barangan dan perkhidmatan daripada rakan dagang terpilih.
2. Jenis spesifikasi ciri-ciri Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)
Merupakan Kad 3 dalam 1
Kad Diskaun pelajar BB1M (RM250 telah dikreditkan dalam kad)
BB1M (RM250 telah dikreditkan dalam kad)
RM250 akan dikreditkan ke dalam akaun pelajar.
Kad debit dan ATM
Maksima pengeluaran adalah RM240. Jika hendak mengeluarkan RM250 sepenuhnya, pelajar boleh berurusan dengan Bank Rakyat untuk menutup terus akaun berkenaan.
Pelajar adalah digalakkan untuk membuat pembelian buku, alat tulis dan alatan komputer.
3. Syarat Kelayakan Permohonan KADS1M
Permohonan adalah terbuka kepada semua pelajar IPTA / IPTS di bawah seliaan:-
Kementerian Sumber Manusia
Kementerian Pelajaran Malaysia
Kementerian Pengajian Tinggi
Institut Perguruan
Lain-lain kementerian yang ditentukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
4. Cara Daftar Permohonan KADS1M Kad Debit Pelajar Online Rasmi
1. Pendaftaran rasmi kadsim boleh dibuat di laman berikut: http://www.bankrakyat.com.my/bppt