Senarai Lokasi Destinasi Mendaki Hiking Bukit Di Selangor

Di negeri Selangor banyak terdapat lokasi menarik untuk mereka yang minat dengan aktiviti lasak dan keindahan alam sekitar untuk diterokai.

Senarai Lokasi Destinasi Mendaki Hiking Bukit Di Selangor

Berikut merupakan disertakan senarai bukit di selangor yang menjadi tumpuan aktiviti hiking dan outdoor di sekitar lembah kelang.

1. Gunung Nuang Selangor

Bagi yang mempunyai minat aktiviti hiking di selangor, Puncak Gunung Nuang merupakan antara tempat yang menjadi pilihan.

Ianya terletak di atas sempadan negeri Selangor dan Pahang. Mempunyai ketinggian setinggi 1493 meter pada kedudukan 3.3 ' Utara , 101.9'Timur.

Bagi yang berminat untuk mencuba gunung ini, lokasi pendakian gunung nuang boleh didaki dari tiga arah iaitu:

1. Pendakian dari kampung kemensah gombak
2. Pendakian dari kuala pangsun hulu langat
3. Pendakian dari bukit tinggi bentong pahang

2. Bukit Broga Semenyih Selangor

Bagi yang mencari lokasi alamat Bukit Broga bagi tujuan aktiviti daki bukit, ianya terletak di bahagian Timur Pekan Semenyih, Selangor Darul Ehsan kira-kira 4 kilometer menghala ke Broga.

Tinggi bukit broga ialah 400 meter dari paras laut. Bukit Broga selalu menjadi tumpuan orang ramai terutama di hari minggu dan cuti umum sebagai tempat rekreasi yang juga terdapat resort di sana.

Malahan dengan ketinggian yang sederhana ini mampu menjadi lokasi latihan bagi mereka yang suka dengan aktiviti pendakian untuk memanjat hingga ke puncak bukit broga.

Bukit Broga juga menjadi lokasi bagi penggemar fotografi untuk merakam gambar matahari terbit dan terbenam. Ia juga merupakan awal pendakian untuk mendaki gunung Tok Wan.

Selain itu terdapat juga tarikan lain di kawasan sekitar seperti Broga Rabbit farm Fun Land Semenyih.

Lokasi : Semenyih (40 minit dari Kuala Lumpur)

3. Bukit Tabur Selangor

Bukit Tabur adalah antara bukit yang menjadi pilihan para pendaki sebagai antara tempat menarik hiking di selangor yang popular. Ianya adalah merupakan bukit yang terletak di Taman Melawati, Malaysia.

Bukit yang mempunyai ketinggian setinggi 1300 kaki (396 meter) ini juga dikenali sebagai bukit hangus dan merupakan bukit dari jenis quartz. Bukit ini juga jelas boleh kelihatan dari Jalan Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2).

Pintu masuk bagi para pendaki adalah melalui denai Kampung Klang Gates, 50 meter dari pintu Empangan Klang Gates, di belakang Taman Melawati.

Lokasi koordinat bukit tabur 3°14′1″N 101°44′55″E.

Lokasi: Taman Melawati, Gombak, Selangor

4. Bukit Lagong Selangor

Bukit Lagong adalah merupakan antara bukit untuk hiking di selangor yang berada di utara kawasan FRIM atau Forest Research Institute Malaysia yang terletang di kawasan kepong yang dikelilingi oleh Hutan Simpan Bukit Lagong.

Mempunyai tarikan rekreasi lain untuk pelawat seperti air terjun, berkhemah, berkelah,  dan berkayak.

5. Gunung Bunga Buah Selangor

Gunung Bunga Buah yang terletak di sempadan Selangor Darul Ehsan, Genting Highland, Pahang mempunyai ketinggian setinggi 1,430 meter (4,690 kaki).Gunung Bunga Buah adalah antara tempat mendaki di selangor yang menjadi tumpuan sebagai latihan pendaki-pendaki gunung di Lembah Klang. Kebiasaannya gunung ini didaki ketika cuti hujung minggu. Gunung ini boleh didaki dalam masa sehari atau pendaki boleh juga bermalam dipuncak gunung ini. Lokasinya yang berdekatan Lembah Kelang, memudahkan pendaki menuju ke Genting Highland dalam masa yang singkat dan faktor tempat mula pendakian yang bersebelahan Jalan Kuala Lumpur - Genting Highland. Gunung Bunga Buah mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, dan hutan Montane. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

6. Bukit Kutu

Bukit kutu juga antara lokasi pendakian popular di negeri selangor yang juga dikenali sebagai gunung kutu. Bukit kutu merupakan antara kawasan peninggalan sejarah era peningggalan inggeris british yang terdapat di negeri selangor. Terdapat kesan peninggalan sejarah di bukit kutu yang mana ianya merupakan antara kubu tentera British yang di bina ketika perang dunia kedua.

Bagi yang mencari lokasi bukit kutu atau juga dikenali sebagai Trecher's Hill, ianya terletak di Kampung Pertak Kuala Kubu Baru di dalam daerah Hulu Selangor. Entrance Point untuk bukit kutu ini bermula dari perkampungan Peretak Orang Asli Simpang yang berdekatan dengan Empangan Hulu Selangor.

Tarikan semulajadi flora dan fauna, kesan peninggalan sejarah yang terdapat di bukit kutu menjadikan ianya antara lokasi pendakian popular di negeri selangor. Bukit kutu yang dulunya adalah merupakan tempat beristirehat bangsawan inggeris dahulu juga mempunyai dua buah gua yang popular iaitu Gua Kambing dan Gua Air

Ketinggian Bukit Kutu: 3456 kaki / 1090 meter
Anggaran Masa Pendakian Hingga Puncak : 4-5 Jam
Bukit Kutu Start Trail Point : 3.572510N, 101.738128E
Bukit Kutu End Summit Trail Point : 3.543263N, 101.719998E
Dificulty Hiking : Moderate

7. Bukit Saga

8. Hutan simpan ayer hitam Bukit Puchong
 
9. Bukit Kembara
 
10. Bukit apek

11. Bukit Gasing

Post a Comment

Previous Post Next Post