Resepi Kuih Bakar Pandan Sukatan Cawan Dengan Bijan



resepi-kuih-bakar-pandan-sukatan-cawan

Kuih bakar atau dikenali sebagai kuih bingka amat sedap dan manis dimakan. Dihiasi dengan taburan bijan rangup pastinya menjadi kegemaran di waktu minum petang. Selain berwarna hijau, kuih ini juga terdapat dalam warna kuning,coklat kekuningan dan sebagainya.

Senarai Koleksi Resepi emajalah2u

Berikut merupakan bahan dan langkah membuatnya.

Bahan-bahan diperlukan:

pewarna hijau
bijan
3 biji telur
2 sudu besar mentega
1 cawan gula
1 cawan jus pandan
1/2 sudu teh garam
2 1/4 cawan santan
2 cawan tepung gandum

Cara-cara membuat kuih bakar pandan bijan:

1. Mula-mula, masukkan tepung gandum, mentega, santan, gula, telur, jus pandan, dan secubit garam ke dalam bekas lalu dipukul sehingga semua sebati.

2. Kemudian, masukkan pula 2 sudu teh minyak ke dalam loyang dan sapu rata.

3. Seterusnya, panaskan loyang dalam oven sementara. Apabila minyak telah panas, masukkan adunan tadi.

4. Akhir sekali, taburkan bijan di atas kuih dan bakarkan pada suhu 180 C sehingga garing selama 1jam 15minit.

5. Sejukkan kuih dan dipotong lalu dihidangkan.



0 comments :