5 Sintom Utama Tanda Penyakit Batu Karang
Penyakit batu karang merupakan antara penyakit popular yang banyak dihidapi oleh masyarakat kini akibat dari faktor pemakanan dan gaya hidup moden.
Ianya banyak dihidapi oleh lelaki berbanding wanita dimana stastitik menunjukkan nisbah seorang wanita bagi setiap 3 orang lelaki.
Batu karang pada dasarnya terbentuk dari kandungan garam dan kalsium yang tinggi dalam badan dan akhirnya membentuk batu dalam saluran kencing samaada batu karang pada buah pinggang atau batu karang pada saluran kencing.
Terdapat beberapa Sintom Utama Tanda Penyakit Batu Karang dan antara tanda nya ialah:
1. Tanda awal batu karang ialah terjadinya situasi kencing berdarah atau kadang kala urin dilihat bercampur dengan nanah.
2. Mengalami masaalah kencing tidak lawas tanda sakit batu karang. Ke peringkat lebih teruk lagi pesakit batu karang mengalami masaalah sukar untuk kencing atau kadangkala ke peringkat yang lebih teruk apabila pesakit batu karang langsung tidak boleh kencing atau mengeluarkan urine.
3. Antara simptom sakit batu karang yang lain ialah sering mengalami rasa loya seperti hendak muntah beserta pening dan berpeluh-peluh.
4. Sering rasa sengal atau sakit di bahagian sisi abdomen perut atau bahagian kiri kanan pinggang yang terasa seperti sakit buang air besar atau bersalin.
5. Akibat dari kekurangan air dalam badan, pesakit batu karang sering merasa lemah badan, lesu, menggigil, pucat dan demam.
Bagi yang mengalami sintom tanda penyakit batu karang dinasihatkan untuk segera berjumpa doktor dan mendapatkan nasihat dari doktor.