3 Keistimewaan Lidah Buaya Pada Kecantikan Kulit Wajah



kebaikan-lidah-buaya-aloe-vera

Daun Lidah buaya atau aloe vera merupakan antara tanaman yang popular di Malaysia. Aloe vera sejenis tanaman dari keluarga kaktus kerana berduri merupakan antara jenis tanaman yang banyak digunakan dalam pembuatan produk kecantikan wajah dan kulit. 

Juga aloe vera banyak digunakan dalam pembuatan penjagaan shampoo rambut dari aloe vera.

3 Keistimewaan Lidah Buaya Pada Kecantikan Kulit Wajah


Antara kelebihan yang banyak terdapat dalam aloe vera ialah:

1. Aloe Vera merupakan anti penuaan (anti aging) dan mampu mengurangkan stretch mark


Antara sifat lidah buaya yang mampu merawat luka, penggunaan aloe vera mampu mengurangkan kesan stretch mark pada badan yang diakibatkan oleh perubahan berat badan atau stretch mark kesan daripada mengandungkan bayi.

Kandungan Vitamin C dan E yang tinggi dalam aloe vera pula dikatakan dapat mengembalikan keremajaan dan keanjalan kulit seterusnya aloe vera mampu menjadi agen anti aging.

2. Aloe Vera sebagai pelembap dan pelindung sinar uv semulajadi.


Sifat daun lidah buaya yang bertindak sebagai pelembab mampu bertindak sebagai lapisan pelindung pada kulit dari sinaran uv matahari dan membantu menghidratkan kulit wajah. 

3. Aloe Vera untuk merawat masaalah jerawat


Sifat antimikrobial semulajadi yang terdapat di dalam Aloe Vera mampu mengurangkan keradangan kulit dan membunuh bakteria jahat pada kulit.

Aloe vera juga sesuai penggunaan nya pada mereka yang berminyak pada kulit.


0 comments :