Washington Post: Obama perlu jauhkan diri dari najib kerana skandal kewangan


The Washington Post  dalam satu sidang redaksinya percaya pihak pentadbiran Barack Obama haruslah menjauhkan diri dengan perdana menteri Malaysia kerana didakwa terlibat dengan salah guna kuasa.

Washington post antara lain dipetik berkata, “Skandal Malaysia kemungkinan besar akan memberi kesan terhadap pembiaya-pembiaya di Emeriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Singapura, Amerika Syarikat dan begitu juga beberapa bank-bank besar di Barat.

“Barangkali lebih penting, peluang Najib berdepan tindakan undang-undang dan akibat politik sedang meningkat naik,” menurut akhbar itu.

The Washington Post turut mendakwa najib yang cuba menangkis dakwaan dengan menekan para pengkritiknya.

Selain dari itu akhbar tersebut turut membangkitkan tentang janji untuk memansuhkan akta hasutan, penguguran bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan juga pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai timbalan perdana menteri.



Post a Comment

Previous Post Next Post