18 kebaikan dan khasiat daun pudina


Ramai yang tidak mengetahui kebaikan dan khasiat daun pudina. Daun pudina merupakan antara bahan yang digunakan dalam masakan.

Namun daun ini bukan saja boleh digunakan dalam masakan tapi debagai penawar penyakit-penyakit ringan, antaranya
  1. Penghasilan Minyak pudina yang dibuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan tumpuan.
  2. Ekstrak daun pudina digunakan dalam pembuatan ubat gigi mampu menyegarkan nafas anda.
  3. Bagi yang mengamalkan minuman jus, bolehlah mencuba untuk minum jus daun pudina kerana ianya sangat segar dan boleh ditambah dalam minuman lain dan dijadikan perisa ais krim.
  4. Khasiat Teh daun pudina pula antara lainnya menenangkan otot perut, melegakan kekejangan dan kesakitan perut (cramps and colic), menambah baik penghadaman lemak.
  5. Pudina adalah penyelesaian terbaik untuk masalah kekembungan dan angin perut.
  6. Penyelidikan menunjukkan pudina memiliki kemampuan sifat anti-cancer dan dapat menghalang pembentukan fungsi tumor.
  7. Bagi mereka yang menggemari ulam ulaman, daun pudina segar ini juga enak dimakan dengan nasi putih dan sambal belacan. Pasti membangkitkan selera anda.
  8. Membantu proses dalam penghadaman.
  9. Bertindak sebagai antiseptik, antiparasit dan antivirus.
  10. Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan mengeluarkan peluh.
  11. Pudina digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan.
  12. Faedah kesihatan pudina termasuk keunggulan kesannya keatas anti-inflammatory dan anti-viral, kerana ini dikatakan pudina boleh digunakan bagi membasmi bakteria.
  13. Ramuan herba ini dikira sebagai amat membantu kepada mereka yang menderita pelbagai penyakit penafasan seperti selsama, hidung berair, paru paru dan sebagainya.
  14. Pudina menjadi ramuan utama kepada ubat gosok dada dan minyak urut untuk melegakan symptoms penyakit penafasan.
  15. Pudina melegakan kekejangan semasa haid (period pain).
  16. Menjadi sumber galakan, teh pudina dapat membantu menghakis dan mengeluarkan kahak, dengan ini melegakan batuk berkahak dan kesakitan pada dada.
  17. Teh pudina boleh digunakan luaran, merawat gatal gatal kulit, luka, jangkitan, gatal gatal, athlete’s foot, dan banyak lagi masalah kulit. .
  18. Penggunaan teh pudina amat baik kerana ianya merupakan diantara rawatan yang amat berkesan merawat bau nafas (halitosis).
Penggunaan daun pudina dalam kehidupan seharian merupakan amalan sejak lama dahulu lagi.

Post a Comment

Previous Post Next Post