MP: Adakah Najib membeli 5,500 pakaian dari Jakel?



Ahli parlimen Lim Lip Eng dikatakan telah membuat laporan polis di ibu pejabat polis dang wangi terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkenaan dakwaan pemindahan wang antara antara tahun 2011 dan 2014 ke gedung fesyen tempatan Jakel Trading dengan jumlah AS$14 juta (kira-kira RM55 juta)
Laporan tersebut adalah susulan dakwaan butiran perbelanjaan Najib yang diterbitkan oleh akhbar The Wall Street Journal minggu lalu.

Antara inti pati sidang media Lim Lip Eng juga berkata, "Kami telah periksa beberapa pakaian yang bernilai RM10,000 setiap satu di Jakel.

"Jadi, adakah Najib membeli 5,500 pakaian dari Jakel untuk (isterinya, Datin Seri) Rosmah (Mansor) dalam tempoh empat tahun? Satu tahun bersamaan 365 hari, yang seterusnya bermakna 1,375 pakaian. Ini adalah kira-kira empat pakaian sehari.

"Jika laporan WSJ itu benar, ini lebih buruk daripada Imelda Marcos," katanya.


Post a Comment

Previous Post Next Post