5 Tips Badan Sado Ala Shaheizy Sam

badan-sado-ala-shaheizy-sam

Filem terbaru Polis Evo lakonan pelakon popular malaysia iaitu Shaheizy Sam menampilkan penampilan baru daripada beliau dengan bentuk badan baru yang lebih sado dan sasa. Beliau memegang watak seorang pegawai polis iaitu khai.

Semestinya badan yang sado diperlukan untuk menghidupkan lagi wataknya sebagai "Super Cop" dalam filem itu.

5 tips badan sado ala Sam yang pasti membuat anda teruja

1. Sebelum melangkah ke set penggambaran, Sam telah memperuntukkan masa selama lima bulan untuk mendapatkan bentuh tubuh badan ideal seorang anggota polis yang berfigura tegap.

INFO: 6 KELEBIHAN YOGA UNTUK LELAKI

2. Sam mengamalkan atkins diet untuk mendapatkan bentuh tubuh badan tegap. Sam tidak mengambil sebarang unsur karbohidrat dalam makanannya seperti roti, nasi, mi dan sebagainya.

3. Sam mengambil protein yang dimasak dengan tidak menggunakan minyak sebagai hidangan harian. Hidangan seperti ayam dan ikan yang direbus, dibakar, atau dikukus bersama sayur menjadi pilihan Sam.

4. Sam juga sering berlatih membina badan di gimnasium di samping senaman khas untuk mendapat bentuk badan yang kekar.

5. Beliau sering mengadakan sesi senaman cardio seperti berjoging bagi memastikan tubuh badannya mempunyai stamina dalam ketahanan fizikal semasa pengambaran.

INFO: 4 WAKTU TERBAIK UNTUK SENAMAN

Setiap lelaki punyai impian memiliki badan yang cantik, tegap dan sado. Untuk mendapatkan badan yang "sado" tidak semudah seperti yang difikirkan, semangat dan disiplin haruslah berada di tahap tertinggi. Mampukah anda?

shaheizy-sam-bentuk-badan-sasa

Post a Comment

Previous Post Next Post