Resepi Kuih Bahulu Tradisonal Sukatan Cawan Mudah Sedap



resepi-kuih-bahulu-sukatan-cawan-melayu-mudah

Kuih bahulu merupakan antara recipe kuih yang sering menjadi pilihan di negara asia tenggara seperti Malaysia, Singapore dan Brunei.

Selain dari menjadi pilihan kuih yang popular semasa hari raya, kuih bahulu juga banyak digunakan sebagai cenderahati hadiah perkahwinan dan juga sebagai doorgift pada majlis keramaian.

Bahan-bahan diperlukan:

tepung gandum 250g
telur 10 biji
gula 400g
esen vanila

Cara-cara memasak kuih bahulu tradisional:

1. Mula-mula, pecahkan 10biji telur ke dalam bekas. Kemudian masukkan gula ke dalam bekas telur tadi.

2. Seterusnya, masukkan esen vanilla secukup rasa lalu pukulkan bahan tadi sehingga sebati dan kembang.

3. Selepas itu, masukkan pula tepung gandum kedalam acuan dan gaul rata. Sementara membuat adunan bahulu, panaskan bekas acuan bahulu di dalam oven.

4. Setelah adunan kembang dan sebati, keluarkan acuan dan oleskan dengan sedikit minyak. Berhati-hati semasa mengeluarkan acuan kerana acuan panas.

5. Kemudian, masukkan adunan ke dalam bekas acuan dan tidak terlalu penuh kerana kuih akan kembang.

6. Terakhir, bakarkan di dalam oven pada suhu 200C selama lebih kurang 10minit ataupun sehingga nampak kekuningan.

7. Keluarkan dengan berhati-hati dan letakkan di dalam bekas bersesuaian.

Kesimpulan

Bagi yang baru ingin mencuba recipe kueh bahulu moden atau tradisional melayu, bolehlah mendapatkan acuan/mould kuih bahulu di pasaran mengikut rekabentuk yang dihajati.

Juga terdapat yang menggunakan acuan kuih bahulu elektrik atau kueh bahulu maker dalam penghasilan resepi yang mudah dan murah.



0 comments :