Resepi Sambal Hijau Padang Pedas Simple Sedap Mudah

resepi-sambal-hijau-berlada-cili-cabai-mudah

Sambal hijau asli atau juga dikenali dengan nama masakan sambal berlada hijau atau sambal cabai hijau merupakan antara resepi masakan padang yang berasal dari kawasan Minangkabau, provinsi Sumatera Barat yang cukup popular di kalangan penggemarnya.

Berikut merupakan resepi istimewa sambal hijau berlada pedas berapi

Bahan-bahan yang diperlukan:

2 ulas bawang putih
250g cili hijau besar
3 senduk teh minyak masak
Garam
Gula pasir
½ sudu teh air limau nipis
2 biji tomato hijau
4 ulas bawang merah
50g cili padi hijau

Cara-cara memasak sambal hijau pedas berapi sedap:

1. Mula-mula, potong cili hijau yang sudah dibuang tangkai bersama cili padi hijau.

2. Kemudian, kukuskan cili bersama bawang merah, tomato hijau, dan bawang putih lebih kurang 5 - 10 minit.

3. Toskan cili setelah siap dikukus. Tumbukkan secara kasar cili apabila cili sudah lembut.

4. Seterusnya, tumbukkan cili menggunakan lesung tetapi tidak terlalu lumat.

5. Akhir sekali, panaskan minyak masak dan tumis kesemua bahan yang ditumbuk sehingga sebati dan berbau harum.

6. Boleh tambahkan sedikit gula, garam, dan air perahan limau nipis sebagai penambah rasa.

7. Sedap dihidangkan bersama nasi panas dan lain-lain lauk.

Sesuai dihidangkan semasa makan tengah hari dan makan malam dan ianya juga turut menjadi hidangan popular restaurant di malaysia.

Antara variasi masakan sambal hijau adalah dengan menggunakan nya bersama masakan ikan keli, ayam, ketam dan udang yang pastinya membangkitkan selera anda.

Post a Comment

Previous Post Next Post