Resepi Kuih Seri Muka Pandan Sukatan Cawan Sedap dan Simple



Berikut disenaraikan cara dan resepi khas kuih seri muka perasa pandan yang sesuai untuk juadah berbuka puasa, sarapan pagi dan minum petang.

Senarai Koleksi Resepi Emajalah2u 

Bahan-Bahan lapisan bawah (pulut)

2 sudu teh minyak masak
1 sudu teh garam
2 cawan beras pulut putih (direndam selama 3 jam)
2 cawan santan cair (sama dengan sukatan pulut)


Cara-cara penyediaan lapisan bawah seri muka:

1- Pertama, bersihkan beras pulut dan toskan sehingga air kering.
2- Kedua, masukkan beras pulut ke dalam loyang yang dialas dengan kertas plastik berukuran 14x14.
3- Ketiga, sapukan minyak di sekeliling loyang. Lalu, masukkan santan cair dan garam ke dalam loyang beras pulut tadi.
4-Keempat, gaulkan sebati dan kukus selama 25-30 minit. Kacaukan pulut sekali sekala agar masak sehingga sebati.
5- Terakhir, tekan pulut yang telah dimasak sehingga mampat dan padat ke dalam loyang.

Bahan-bahan diperlukan untuk lapisan atas seri muka:

1/2 sudu teh garam
150ml air
1 cawan gula pasir
1 cawan tepung gandum
2 cawan santan pekat
4 helai daun pandan
Sedikit pewarna hijau
1 biji telur ayam
1 1/2 sudu besar tepung jagung

Cara-cara penyediaan lapisan atas seri muka:

1- Mula-mula, masukkan tepung jagung, tepung gandum, santan, telur, gula dan garam ke dalam bekas. Kacau semua bahan sehingga sebati. Kemudian masukkan air dan kacau.
2- Kemudian, masukkan pewarna hijau dan air pandan ke dalam adunan.
3- Seterusnya, campurkan kesemua bahan tadi dan kacau sehingga rata. Tapis untuk memastikan tiada bintilan dalam adunan.
4- Selepas itu, tuangkan adunan hijau ke atas pulut tadi. Kukuskan lagi selama 1/2 jam atau sehingga masak.
5- Balutkan penutup periuk menggunakan aluminium foil, atau kain bersih agar air kukusan tidak menitik ke atas permukaan kuih seri muka.
6- Seterusnya, masak sekejap di atas api perlahan sehingga naik wap.
7- Akhir sekali, sejukkan kuih sebelum dikeluarkan dari acuan. Lalu, barulah dipotong dan dihidangkan.



0 comments :