Resepi Kuih Cara Manis Sukatan Cawan Mudah Dan Sedap

resepi-kuih-cara-manis-sukatan-cawan-mudah-sedap

Kuih cara adalah salah satu kuih yang senang dibuat dan menu wajib ketika membuka puasa. Kuih cara terdapat dalam beberapa jenis,warna dan bentuk yang menarik.

Berikut merupakan resepi membuat kuih cara yang mudah mengikut sukatan cawan.

Senarai penuh koleksi resepi emajalah2u

Resepi Kuih Cara Manis Sukatan Cawan Mudah Dan Sedap

Berikut disenaraikan bahan-bahan dan cara untuk memasak kuih tradisional ini.

Bahan-bahan diperlukan untuk memasak kuih cara:

2 biji telur
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan kelapa
3 helai daun pandan
Garam secukup rasa
Gula pasir untuk inti
Minyak masak
Pewarna hijau

Cara penyediaan kuih cara manis sukatan cawan mudah:

1- Mula-mula, cuci daun pandan sebersihnya. Hiriskan kecil-kecil dan kisarkan bersama santan kelapa segar lalu ditapiskan airnya.

2- Kemudian, masukkan tepung gandum, telur dan pewarna hijauke dalam tapisan air pandan dan kacau rata sehingga adunan sebati.

3- Seterusnya, perasakan garam dan gula secukup rasa dan ketepikan. Panaskan acuan kuih cara di atas dapur pada api perlahan. Sapukan sedikit minyak masak ke dalam acuan setelah acuan panas.

4- Selepas itu, penuhkan acuan dengan adunan kuih dan letakkan gula pasir mengikut citarasa masing-masing. Tutupkan permukaan acuan dengan tudung periuk yang sesuai.

5- Akhir sekali, biarkan kuih di sapur seketika sehingga masak sepenuhnya. Apabila kuih sudah masak dan tidak melekat pada acuan, bolehlah keluarkan kuih secara berhati-hati agar tidak hancur.

6- Hidangkan kuih apabila sudah sejuk sedikit.

Post a Comment

Previous Post Next Post