Resepi Kek Lumut Kukus Sukatan Cawan Simple Sedap

KEK lumut merupakan salah satu kek yang unik kerana warnanya yang berwarna hijau lumut. Kek lumut juga merupakan kek berasal daripada negeri Sarawak.

Resepi Kek Lumut Kukus Sukatan Cawan Simple Sedap

resepi-kek-lumut-kukus-sedap

 *gambar hiasan (kredit gambar: Nadyslittlebakery)

Dikongsikan bahan-bahan asas dan cara pembuatan kek lumut:

Bahan yang diperlukan:

- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 tin kecil seri kaya
- 1 tin kecil susu pekat manis
- 200g horlicks
- 450g mentega berkualiti
- 8 biji telur grade A
- pewarna hijau
- 1 gelas gula halus
- 1 1/2 gelas tepung gandum diayak

Cara-cara penyediaan kek lumut kukus sedap lembap:

1. Mula-mula, masukkan mentega dan gula halus lalu pukulkan dengan kelajuan maksimum sehingga kembang dan berkrim.

2. Kemudian, masukkan sebiji telur sahaja dulu dan pukul hingga sebati pada kelajuan sederhana.

3. Seterusnya, masukkan pula telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati.

4. Masukkan susu dan seri kaya ke dalam adunan. Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan diselang selikan bersama horlicks. Gaul adunan sehingga sebati.

5. Selepas itu, masukkan pula pewarna hijau dan sedikit esen vanilla. Teruskan gaul kesemua bahan sehingga sebati.

5. Griskan loyang dengan mentega dan taburkan sedikit tepung ke dalamnya.

6. Akhir sekali, tuangkan adunan ke dalam loyang dan tutupkan dengan kertas foil.

7. Kukuslah adunan selama lebih kurang 4 jam lamanya sehingga kek masak sepenuhnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post