Resepi Laksa Kedah Original Sedap Mudah

Resepi Laksa Kedah Original Sedap Mudah
Laksa dikategorikan dengan berbagai-bagai jenis laksa, mengikut negeri di Malaysia. Ada laksa Sarawak, laksa Penang, laksa Johor dan macam-macam lagi. Lain negeri lain cara masak dan bahannya.


resepi-laksa-kedah-utara-sedap-simple
*gambar hiasan
Kredit to:
Laksa Kedah Padang Polo
Salah satu laksa yang dikongsikan ialah laksa kedah. Berikut merupakan bahan-bahan dan cara menyediakannya.
Bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan laksa kedah laksa utara:
3 batang serai
4 keping asam keping
4 ulas bawang merah
Telur rebus mengikut kuantiti sendiri
Limau nipis - dipotong
2-3 tangkai daun kesum
1 bungkus laksa besar direndam & direbus lembut
1 kg ikan selayang yang direbus bersama asam keping & sedikit garam
2 batang bunga kantan
20 biji cili padi
1 1/2 sudu kecil belacan


Bahan ulam untuk laksa (dicincang halus) :
Bawang besar
Timun
Daun pucuk gajus
Cili padi
Daun pucuk putat
Daun selom
Daun ulam raja

Cara-cara memasak lasa kedah laksa utara:
1. Mula-mula rebuskan ikan selayang dan asingkan isi dengan tulang bila sudah sejuk. Jangan dibuang air rebusan.
2. Kemudian, tumbuk isi ikian sehingga halus. Tulang ikan tadi dikisar bersama air rebusan ikan.
3. Selepas itu, tapiskan isi ikan dikisar dengan penapis dengan penapis plastik berlubang kasar.
4. Tapiskan 2-3 kali sehingga tinggal tulang putih ikan sahaja.
5. Seterusnya, masukkan cili padi, bawang merah dan belacan ke dalam pengisar lalu kisarkan.
6. Campurkan isi ikan, air tapisan tulang ikan, bahan kisar (cili dan bawang) ke dalam satu periuk. Tambahkan air sedikit jika kuah kelihatan agak pekat.
7. Akhir sekali, masukkan asam keping, serai, bunga kantan, daun kesum dan rebuskan sehingga mendidih. Rebuskan kuah dengan lebih lama sehingga kuah menjadi lebih pekat dan sedap.
8. Tambahkan garam secukup rasa.

Post a Comment

Previous Post Next Post