Resepi Kek Batik Biskut Marie Coklat Sedap Leleh Moist Mudah



Resepi Kek Batik Biskut Marie Coklat Sedap Leleh Moist Mudah

Antara yang sering menjadi pilihan adalah Resepi Kek Batik Biskut Marie Coklat Sedap Leleh Moist yang mudah untuk hidangan seisi keluarga di rumah.

Pastinya semua pernah memakan biskut jenama marie, tapi ini biskut bukan sebarang biskut ye. Biskut marie boleh dibuat kek! Kek batik marie adalah salah satu kek yang paling mudah disediakan dan rasanya juga enak.

Selain dari menggunakan biskut marie, kek batik milo, kek batik nestum dan kek batik vico juga popular di kalangan pengemar kek. dan sesuai digunakan sebagai design kek birthday anda.

Selain itu, bahan untuk membuatnya juga senang dicari dan mudah. Antara jenis kek yang popular lain adalah seperti kek coklat, kek pisang, kek oren dan kek pandan.

Berikut di kongsikan asas bahan-bahan untuk resepi kek batik mudah dan cara cara membuat kek batik yang sedap dan lembut.

Follow my blog with Bloglovin

Bahan-bahan diperlukan untuk masakan kek batik:

1 sudu kecil esen vanila
3/4 tin susu pekat manis
250 g mentega
1/4 cawan serbuk koko
1/4 cawan air
1 sudu kecil nescafe
4 biji telur
500 g biskut marie
sebungkus coklat masakan (topping)

Kaedah penyediaan Resepi Kek Batik Biskut Marie Coklat Sedap:

1. Untuk Langkah pertama sekali, cairkan mentega dalam kuali,kemudian tuangkan susu pekat, telur 4 biji yang telah dipecahkan dan dihancurkan.

2. Kemudian setelah semuanya sebati, langkah seterusnya adalah dengan memasukkan serbuk koko dan sesudu kecil serbuk nescafe ke dalam kuali.

3. Ketiga, masukkan air sedikit demi sedikit dan kacaukan sehingga pekat di atas api yang perlahan.

4. Tutup api setelah acuan menjadi pekat dan berkilat, terus masukkan biskut yang dipatah kepada 4. Gaul rata.

5. Untuk langkah yang terakhir, tuangkan kesemua acuan tadi ke dalam sebuah loyang yang telah disapukan dengan sedikit mentega.

6. Sejukkan kek dalam peti ais selama lebih kurang 1.5jam.

7. Cairkan cokelat masakan dalam periuk untuk topping sementara kek disejukkan.

8. Apabila kek sudah sejuk, tuangkan cokelat cair atas kek dan sedia dihidangkan.

Selain dari cara buat kek batik yang dipaparkan, terdapat juga resepi kek batik tanpa telur yang sedap dan mudah. Selamat Mencuba!



0 comments :