Resepi Kek Pandan Span Simple Sukatan Cawan Mudah Sedap Masak



resepi-kek-pandan-span-sukatan-cawan-simple

Resepi Kek Pandan Span Simple Sukatan Cawan Mudah Sedap Masak

Kek pandan merupakan sejenis kek simple yang popular di kalangan masyarakat melayu kerana banyak kuih muih masakan melayu menggunakan daun pandan sebagai bahan asas resepi masakan.

Kek pandan banyak di hidangkan samaada pada majlis perkahwinan, majlis keraian dan tidak kurang juga yang menghidangkan pandan cake yang gebu pada majlis birthday hari jadi dengan design yang pelbagai, moden dan terkini.

Berikut dikongsikan resepi cara untuk membuat kek span pandan simple dengan menggunakan sukatan cawan.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk diayak bersama dalam resepi kek pandan span mudah:

Berikut disertakan tentang bahan-bahan yang perlu disediakan untuk membuat kek pandan (pandan cake)

5 biji telor gred A
40 ml air pandan/air/susu segar
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecik esen vanilla@esen pandan
125 gram tepung gandum / tepung kek / tepung super
125 gram gula kastor
1 sudu besar baking powder
70 gram butter cair / minyak masak
1 sudu teh pewarna hijau

Cara-cara memasak penyediaan kek pandan span sedap dimakan dan lembut:

1. Dimulakan dengan memanaskan oven pada sekitar 170-190°C

2. Masukkan telur, gula, tepung, ovalette, dan serbuk penaik baking powder dalam mangkuk adunan dan dipukul selama 5 minit menggunakan mesin pengadun sehingga camburan menjadi sebati, pekat dan gebu.

3. Masukkan pewarna, butter cair, esen pandan (pes pandan) dan air pandan / air / susu segar dan pukul semua sekali hingga benar-benar sebati dan ringan.

4. Sediakan loyang bulat 4 segi 8 inci untuk memasak yang siap dialas menggunakan baking paper.

5. Tuang adunan ke dalam loyang dan siap dibakar selama 40-45 minit.

6. Akhirnya pandan cake anda siap dimasak dan boleh dihidang.

Variasi Kek Pandan (Pandan Cake)

Penghasilan kek pandan juga pebagai seperti yang menghasiilkan kek pandan kukus, bakar atau yang mencampurkan santan ke dalam kek pandan.

Juga yang popular adalah resepi kek pandan gula melaka dan kek lapis layer pandan yang merupakan variasi kepada penghasilan kek berasaskan daun pandan.

Semoga dengan info yang sedikit ini mampu memberi manfaat dalam pemilihan order kek anda di kedai-kedai berhampiran.



0 comments :