Senarai Penuh Panduan Pemakanan Ibu Berpantang Selepas Kehamilan

senarai-panduan-pemakanan-ibu-mengandung

Senarai Penuh Panduan Pemakanan Ibu Berpantang Selepas Kehamilan

Buat ibu yang baru melahirkan banyak pantang larang pemakanan yang harus dijaga. Tujuan pantang larang ini adalah supaya dapat memulihkan kembali kesihatan ibu , menyembuhkan luka dengan cepat dan bagi ibu-ibu yang menyusukan bayinya pemakanan yang betul ini dapat memastikan bayi yang baru dilahirkan sihat dan tidak mengalami masalah seperti kembung atau colic dan demam kuning.

Walaupun terdapat pelbagai cara amalan berpantang samaada yang berpantang selama 100 hari atau berpantang selama 44 hari

Pengambilan sayur dan buah-buahan juga amat penting kerana ibu yang baru melahirkan biasanya menghadapi masalah sembelit. Penagmbilan air juga seharusnya dilebihkan dan jangan disekat-sekat kerana air penting untuk penghasilan susu ibu dan mengelakkan sembelit.

Jadual harian amalan berpantang juga boleh diamalkan oleh ibu-ibu berpantang dalam menjaga kesihatan badan dan tidak memudaratkan bayi menyusu.

Panduan berpantang makan sesuai diamalkan tidak mengira berpantang secara moden, berpantang secara kampung tradisional, berpantang akibat keguguran atau amalan berpantang sendiri.

Untuk panduan ibu-ibu , di bawah adalah senarai makanan ibu berpantang bersalin .

Senarai jenis Ikan yang boleh dimakan sewaktu dalam pantang melahirkan anak:

Ikan kurau
Ikan bawal putih
Ikan senangin
Ikan salmon
Ikan haruan
Ikan yu
Ikan kerisi
Ikan kod
Ikan bilis
Ikan siakap
Ikan selar
Ikan gelama
Ikan jenahak
Ikan merah
Ikan tenggiri

Senarai makanan ikan yang perlu dielakkan ketika berpantang hamil:

Ikan bawal hitam
Ikan terubuk
Ikan Pari
Ikan Duri
Ikan sembilang
Ikan Parang
Makanan laut

Senarai Jenis Sayur – sayuran yang bagus bagi wanita berpantang melahirkan bayi:

Ubi Kentang
Peria
Sawi
Lobak Putih
Brokoli
Bayam
Lobak Merah

Senarai jenis jenis sayur yang perlu dielakkan atau pantang bagi ibu selepas melahirkan bayi:
Ubi Kayu
Pucuk Paku
Daun Keti (Bunga Putih)
Kacang Panjang
Kacang Botol
Petola
Terung
Timun
Tomato
Labu
Rebung
Jeruk Maman
Petai
Jering
Cili Padi 
Kangkung
Kubis
Seledri
Terung
Sayur Keladi
Pucuk Ubi

Ulam-ulaman yang baik:
Pegaga
Halia
Serai
Kunyit Hidup
Daun Lemuni Hitam
Jantung Pisang
Daun / Ubi Cekur
Bunga Kantan
Daun Cemumar
Daun Pudina
Daun Kari
Daun Kaduk
Daun Sekentut
Daun Kesum
Lengkuas
Mengkudu
Ulam Raja
Lempuyang
Daun Bebuas
Daun Ruku

Buah-buahan yang digalakkan:
Epal Merah
Prune
Kismis
Buah Anggur
Kurma
Oren
Strawberi
Peach
Longan Cina
Blueberry
Walnut

Buah-buahan yang perlu dielakkan:
Nenas
Ciku
Langsat
Nangka
Cempedak
Pisang Masak Hijau
Tembikai Susu
Tembikai Merah
Tembikai Cina
Kiwi
Ubi Kayu
Ubi Keladi
Sengkuang
Manggis
Epal Hijau
Buah Pear
Pisang
Jambu
Belimbing
Durian Belanda
Mangga
Limau
Buah Lai
Betik
Pisang Nangka
Pisang Embun
Pisang Udang
Macang
Kuinin
Binjai

Semua jenis mee, laksa koeyteow tidak boleh dimakan . Begitu juga dengan makanan segera seperti nugget dan sosej .

Ais batu juga tidak boleh diminum begitu juga aiskrim. Ulam-ulaman selain dimakan begitu saja boleh juga dibuat kerabu dan dibuat jus seperti daun pegaga.

Ayam dan daging boleh dimakan tetapi sebolehnye makan ayam kampung atau ayam organik atau ayam yang dibela tanpa suntikan. Kalau boleh elakkan makan ayam pasar yang biasanya dibela dengan suntikan hormon tumbesaran.

Selamat mencuba gabungan pelbagai jenis makanan yang disenaraikan ini sebagai panduan untuk resepi berpantang selepas bersalin normal atau untuk mereka yang mencari diet yang sesuai untuk resepi berpantang bersalin caesar

Selamat berpantang.

Post a Comment

Previous Post Next Post