8 Tips Petua Mudah Cepat Menghalau Menghapus Lipas Hingga Akar Umbi

8-tips-petua-halau-hapus-lipas-rumah

8 Tips Mudah Cepat Menghapus Lipas Hingga Akar Umbi

Jika anda berdepan dengan masalah lipas di rumah , pasti telah mencuba pelbagai cara untuk menghapuskannya.

Mungkin tips di bawah dapat membantu anda untuk mendapatkan rumah yang bebas lipas.

1. Cecair Ammonia

Lipas suka bersembunyi di celah sink dan dalam lubang-lubang paip.

Cuba gunakan cecair Ammonia. Caranya adalah dengan mencairkan secawan cecair Ammonia dalam sebaldi air dan salurkan ke dalam paip dan sinki untuk membersihkan saluran-saluran tersebut.

Baunya yang kuat akan menghalau lipas yang bersarang dalam paip dan sinki tersebut.

2. Ubat gegat

Ubat gegat juga berkesan untuk menghalau binatang lain selain lipas.

Letakkan beberapa biji ubat gegat di dalam almari dan kawasan-kawasan yang dikenalpasti sarangnya. Pasti lipas akan menjauhkan diri.

Namun ubat gegat juga berbahaya kepada manusia jadi pastikan jauhkan ubat gegat dari capaian kanak-kanak.

3. Minyak pudina

Spraykan minyak pudina ke arah lipas dan kawasan-kawasan persembunyiannya.

Cara ini lebih natural dan bebas toksik namun akan mengambil sedikit masa sebelum nampak kesannya.

4. Listerine

Bukan hanya berfungsi sebagai ubat kumur tetapi juga boleh digunakan untuk mencuci rumah.

Cairkan Listerine dengan air dan spraykan ke arah lipas dan kawasan-kawasan persembunyiannya.

5. Perangkap Petroleum Jelly

Sapukan mulut  botol kosong dengan petroleum jelly dan biarkan semalaman.

Jangan lupa letakkan sedikit makanan sebagai umpan di dalam botol.

Lipas akan masuk ke dalam botol untuk mendapatkan makanan namun tidak dapat memanjat keluar kerana petroleum jelly itu.

6. Peluntur

Cairkan peluntur denagn air dan curahkan ke dalam sinki dan tandas.

7. Lemon

Tambahkan lemon ke dalam air yang digunakan untuk mengemop.

Lipas tidak tahan dengan bau lemon dan akan menghindarkan diri dari kawasan itu.

8. Perangkap kopi

Isikan botol dengan kopi serbuk untuk menarik lipas .

Isikan air ke dalam botol itu supaya lipas lemas di dalam air itu dan tidak boleh memanjat keluar.

Post a Comment

Previous Post Next Post