8 Tips Petua Amalan Kecantikan Semulajadi Secara Tradisional

8 Petua Amalan Kecantikan Semulajadi Secara Tradisional

Berikut disenaraikan beberapa amalan menjaga kecantikan kulit dan wajah secara semulajadi.

1.Petua Untuk menghaluskan kulit wajah muka

petua-haluskan-kulit-muka-wajah

Buah tomato diantara buah-buahan semuladi yang digunakan dalam rawatan kecantikan secara semulajadi kerana ianya kaya dengan sumber vitamin semulajadi yang baik untuk badan seperti vitamin K, vitamin C yang banyak, vitamin A, vitamins B1, B3, B5, B6, B7, zat besi, folate, potassium, magnesium, phosphorus, choline, zinc, dan chromium. Tomato juga merupakan agen antioksida yang baik.

Cara penggunaan Buah Tomato : Kisar buah tomato hingga halus dan lumurkan pada wajah. Cuci dengan air suam setelah kering. Bagus diamalkan 3 kali seminggu.

2.Untuk kulit muka yang tegang
Kisar timun dan campurkan dengan ubi kayu dan sedikit air. Sapukan ke muka dan biar hingga kering. Cuci dengan air suam. Bagus diamalkan 3 kali seminggu.

3.Untuk kulit putih berseri
Basuh bayam hingga bersih dan dikisar. Tapiskan dan lumurkan pada wajah. Cuci dengan air suam.

4.Untuk menghaluskan dan menanggalkan daki di badan
Kisar segenggam beras hingga halus. Tumbuk beberapa helai daun sirih hingga lumat. Campurkan keduanya dan kacau hingga sebati. Kemudiannya gosokkan di badan yang mempunyai mnasalah daki.

5. Untuk menghilangkan bau badan yang tidak menyenangkan
Potong limau kasturi dan gosokkan di badan seperti celah ketiak ketika mandi.

6. Untuk menghilangkan parut di kulit
Kulit kayu manis ditumbuk hingga halus dan dicampurkan dengan sedikit air. Sapukan di kulit yang berparut. Lakukan dengan kerap. Satu lagi cara adalah dengan menyapukan lendir daun lidah buaya pada parut itu. Lama kelamaan parut akan beransur hilang.

7.Untuk menghilangkan lebam di sekitar mata
Gunakan teh uncang yang sudah digunakan sebelum itu. Lekapkan pada mata dan biar semalaman. Lakukan 3 kali seminggu untuk nampak hasilnya.

8.Mengempiskan perut
Air limau nipis dicampurkan dengan kapur sirih. Lumurkan pada perut setiap malam.

Post a Comment

Previous Post Next Post