Resepi Masak Kek Coklat Kukus Simple dan Sedap



resepi-kek-coklat-kukus-cip

Resepi Masak Kek Coklat Kukus Simple dan Sedap

Kek coklat moist dan gebu antara yang menjadi pilihan ramai apabila menjamu selera. Turut menjadi perhatian adalah cara menyediakan toping kek coklat yang lembab dan sedap.

Berikut dikongsikan resepi untuk membuat kek coklat kukus dengan menggunakan sukatan cawan.

Bahan-bahan untuk membuat kek coklat kukus:

1 suku cawan tepung gandum atau tepung kek
1 cawan minyak masak/ marjerin dicairkan
1 cawan susu cair
1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik/baking powder
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara penyediaan kek coklat:

1. Gula, susu cair, minyak atau majerin dan susu pekat manis dicampurkan ke dalam periuk atau kuali dan dimasak hingga larut atas api yang kecil.

2. Tepung, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat diayak .

3. Telur dipukul hingga kembang. Kemudian masukkan campuran yang dimasak atas api tadi ke dalam adunan telur.

4. Adunan kering kemudiannya dimasukkan sedikit demi sedikit dan dikacau hingga sebati dan tidak berketul.

5. Panaskan pengukus. Setelah air mendidih masukkan loyang berisi adunan.

6. Kukus kek selama 1 jam.

Cara-cara penyediaan topping kek coklat lembab kukus:

1 cawan susu pekat manis
1 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar mentega

Semua bahan dicampurkan ke dalam kuali atau periuk dan kacau perlahan hingga larut. Sejukkan sebelum dituang ke atas kek tadi dan selesailah resepi coklat kek yang sedap dan menyelarakan.



0 comments :