3 Tips Senaman Ibu Hamil Mengandung Untuk Kelahiran Peranakan



Berikut merupakan 3 tips senaman ibu hamil mengandung untuk kelahiran peranakan

1. Tailor Sitting

clip_image001

Cara:

· Duduk di atas lantai . Tegakkan belakang badan anda.

· Tapak kaki ditemukan dan lutut mencecah lantai .

· Anda akan terasa regangan pada bahagian dalam paha.

· Lakukan senaman ini sekerap yang boleh.

· Jika terasa sukar untuk duduk dalam posisi ini, sandarkan badan pada dinding dan alas setiap paha anda dengan bantal atau kusyen.

Kebaikan:

· Posisi ini dapat meregangkan otot di paha dan juga pelvis.

· Memperbaiki postur badan.

· Melembutkan sendi pelvic.

· Memperbaiki peredaran darah .

2. Pelvic Rock

clip_image002

Cara:

· Posisikan diri dalam keadaan seperti merangkak. Perut dan belakang mestilah rata.

· Perut dan belakang anda dinaikkan seperti posisi kedua. Tunggu beberapa saat.

· Rehatkan perut anda semula. Perut dan bahangian belakang dalam keadaan rata kembali.

· Ulang pergerakan sebanyak 10 kali.

Kebaikan:

· dapat mengurangkan sakit belakang.

· dapat meregangkan otot-otot di bahagian bawah belakang

3. Wall Slide

clip_image003

Cara:

· Berdiri tegak dan sandarkan belakang anda pada dinding.

· Kaki dibuka anggaran jarak bahu anda.

· Turunkan badan ke bawah (slide down) sehingga anda dalam kedudukan seperti duduk di atas kerusi dan tahan beberapa saat.

· Naik semula ke atas.

· Ulang pergerakan sebanyak 10 kali .

Kebaikan:

· Mencangkung semasa hampir bersalin dapat membantu membuka laluan dengan lebih cepat. Senama ini dapat melatih otot untuk persediaan semasa bersalin.



0 comments :