4 Jenis Makanan Pantang Larang Pesakit Gout.

pantang-makan-sakit-gout

Penyakit yang dikenali dengan nama gout ini adalah merupakan sejenis penyakit akibat dari kandungan asid urik yang berlebihan di dalam badan.

Asid urik yang berlebihan adalah merupakan bahan kumuhan badan yang berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.

Penyakit gout adalah merupakan salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.

senarai-makanan-sakit-gout-kaki

Sebelum zaman perubatan moden, penyakit gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, namun kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.

Dalam proses perkumuhan badan, purin yang berasal dari asid urik ini disingkirkan oleh badan melalui air kencing (urin). Asid urik yang berlebihan akibat tidak disingkirkan melalui proses perkumuhan ini akan berkumpul di dalam sendi dan akhirnya mengakibatkan sakit gout.

4 Jenis Makanan Pantang Larang Pesakit Gout.

Penyakit gout ini cukup popular di kalangan lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun. Jarang gout dihidapi oleh wanita sebelum putus haid.

1. Daging merah tinggi zat besi dan protein

Kandungan daging merah merupakan antara yang tinggi dengan zat besi dan protein secara tidak langsung boleh memberi kesan kepada usaha peningkatan tahap asid urik.

punca-sakit-gout

Walau bagaimanapun tidak semua daging mengandungi kandungan purin yang sama.

Bagi pesakit gout, pengambilan daging perlu dielakkan atau pengambilannya perlu secara sederhana.

Alternatif kepada daging merah, pengambilan banyak daging putih lebih baik berbanding daging merah.

Kadar kandungan urik asid bergantung pada jenis daging yang diambil seperti steak, daging kambing, sosej, daging yang diproses, daging kisar dan bahagian dalaman seperti hati, paru dan sebagainya.

Namun begitu, sesekali menikmati daging merah tidak mengapa. Jika anda terasa ingin makan, pilihlah daging lembu berbanding ayam belanda dan kambing.

2. Makanan laut kaya dengan purin

Sesetengah jenis makanan laut mengandungi kandungan urik asid yang tinggi. Perlu kepada pesakit gout untuk menghindari beberapa jenis makanan laut yang mengandungi paras purine yang tinggi penyebab gout seperti sardin, ikan trout, ikan mackerel,  ikan hering, ikan bilis, tuna dan kerang-kerangan.

Bagi penghidap gout, pengambilan makanan laut sewaktu mengalami serangan perlu dikurangkan. Cukup sekadar pengambilan setakat 4-6 auns sehari.

Ini adalah kerana sumber makanan ini kaya dengan purin, yang mana akan diuraikan menjadi asid urik.

3. Minuman manis antara punca gout

Bagi pesakit gout, pengambilan minuman manis harus dielakkan kerana kandungan fruktosa yang tinggi juga minuman dalam tin dan kotak.

Pemanis dalam minuman meransang tubadan menghasilkan lebih banyak asid urik.

4. Organ dalaman haiwan punca  sakit gout

Organ dalaman haiwan merupakan antara makanan yang wajib dielak oleh pesakit gout kerana kandungan purin yang cukup tinggi.

Makanan yang harus dielakkan tetapi menjadi kegemaran ramai adalah seperti hati dan hempedal ayam.

Selain itu bagi lembu pula adalah adalah otak, usus, dan perut lembu wajib dielakkan untuk menjadi diet pemakanan pesakit gout.

Kesimpulan

Dengan mengawal gaya pemakanan banyak penyakit dapat dikurangkan kerana perubahan gaya hidup zaman moden juga turut mengubah corak pemakanan masyarakat.

Selain dari kawalan gaya pemakanan, sakit gout juga boleh diubati atau dikurangkan kesannya dengan amalan perubatan moden atau tradisional seperti bekam dan akuputur dalam mengubat gout.

Post a Comment

Previous Post Next Post