Jasa Tun M tidak dikenang Siti Hasmah kecewa




Jasa Tun M tidak dikenang Siti Hasmah kecewa

Isteri bekas perdana menteri keempat, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali melahirkan hasrat hatinya yang kecewa dengan apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin Umno lain terhadap suaminya Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kita tak boleh buat apa, mereka berkuasa sangat, serah saja kepada Allah. Mungkin ada hikmah di sebalik sesuatu yang berlaku.

“Saya tahu suami saya (Dr Mahathir) kecewa dan sedih jadi tunggu saja, serah kepada Allah. Tak pe lah.. orang tu terlalu berkuasa, kita tak boleh buat apa,” katanya yang dipetik akhbar itu.

“Sebagai isteri kepada Mahathir, saya mengaku serangan dan perbuatan mereka terhadap beliau sangat memberi kesan tapi saya tak tunjuk, tak nak beliau bertambah risau.

“Sebab itu saya memilih untuk sentiasa bersamanya setiap masa dan menghormati perjuangannya yang masih belum selesai.

“Kadang-kadang saya kasihan mengenangkan nasib beliau yang diperlakukan sedemikian rupa,” katanya.


0 comments :