3 faktor penyebab kencing tidak lawas
Kencing tidak lawas merupakan antara penyakit yang boleh mengganggu keselesaan pergerakan harian malahan kecing tidak lawas tanda menghidap penyakit buang pinggang! Ianya selalu terjadi akibat jangkitan pada saluran kencing atau kencing kotor.
Antara Tanda-tanda seseorang menghidap sakit kencing tidak lawas yang disebabkan oleh akibat jangkitan saluran kencing:
- Kencing terasa panas dan pedih.
- Demam.
- Tidak dapat menahan kencing.
- Kadang kala alami kencing berdarah.
- Kencing tidak puas.
- Kerap ke tandas.
- Sakit pada bahagian ari-ari.
1. Tahan kencing antara punca jangkitan kuman
Sesiapapun sering melakukan hal ini, ini kerana apabila mereka leka melakukan sesuatu pekerjaan atau pun ketika sudah tidur pada waktu malam. Mereka malas bangun dan menyebabkan mereka terpaksa menahan air kencing.
2. Kurang minum air punca kencing tidak lawas
Kurang minum air putih juga menyebabkan seseorang mengalami penyakit kencing tak lawas. Hal ini kerana kurangnya air dalam badan.
3. Kebersihan alat sulit penting untuk mengelak jangkitan kuman
Pastikan membersih dengan sempurna alat sulit selepas membuang air kencing mahupun membuang air besar. Elakkan mengelap dari belakang ke depan selepas membuang air besar. Kaum wanita terutamanya, alat sulit kita lebih sensitive, perlu dielakkan memegang dengan tangan yang kotor. Penggunaan pencuci alat sulit yang sesuai juga boleh membantu.