KENALI 7 ciri-ciri lelaki kasanova




*gambar hiasan

7 ciri-ciri lelaki PLAYBOY

Pernahkah anda mengenal ciri-ciri Lelaki Playboy ?

Bukan semua wanita beruntung boleh memiliki kekasih hati yang baik, penyayang, setia, dan baik hati. 
Namun begitu dari hasil pengamatan punca lelaki menjadi playboy adalah kerana memang itu sifat semulajadi lelaki. Cuma agak terserlah pada sesetengah orang dan ada pula yang tidak ketara.

Semuanya bergantung pada nasib, tetapi jika anda bijak, anda pasti tidak
akan tewas dengan mana-mana lelaki yang bergelar lelaki playboy!

Jadi, untuk itu anda peru lebih berhati-hati supaya tidak terjerat dalam perangkapnya kerana lelaki playboy ini mempunyai karisma tersendiri yang mampu menawan hati wanita Lelaki playboy cukup arif menguasai bagaimana mahu membuatkan seseorang wanita itu menyukai atau jatuh cinta kepadanya.

Ciri lelaki playboy:

1. Berperwatakan Menarik

Kebanyakan lelaki playboy berperwatakan menarik. Tetapi tidak bermakna si dia mesti ‘handsome’. Lelaki playboy biasanya cekap dalam menjaga penampilan diri, terutama dandanan rambutnya.

2. Peramah Dengan Mana-Mana Wanita

Mudah bergaul dan cukup peramah pada setiap wanita yang ditemui. Apatah lagi, wanita  cantik dan punya karier yang bagus. 

3. Jadi Lebih ‘Caring’ Di Saat Dia Kesepian

Ketika si dia kesepian atau sedang ligat mengatur strategi, biasanya pasti ada mesej atau deringan telefon buat anda. Lelaki jenis ini memang seronok diajak berbual dan pelbagai cerita menarik yang bakal direka untuk menambat hati anda.

4. Pakar Membuat Alasan

Selain itu, di saat anda sudah mula tertarik kepadanya, si dia jarang mahu mengangkat atau menjawab panggilan anda dengan alasan terlalu sibuk dan sebagainya. Si dia sebaliknya lebih rela menghubungi anda.

5. Lelaki playboy terkenal dengan ayat manis

Cara lelaki playboy yang paling ketara adalah dia seorang yang terkenal dengan ayat manis yang sering membuatkan si gadis terpesona. 

Pada awal perkenalan, si dia memang baik sangat, nampak ‘cool’ dan sebagainya. Si dia biasanya selalu suka bermain dengan ayat-ayat ‘manis’ sahaja. Tidak pernah membahaskan perkara yang realistik, apatah lagi yang berkaitan dengan masa depan dan komitmen. 

Apabila anda sudah mula menunjukkan keseriusan hubungan tersebut, si dia mula cabut lari sehingga anda yang terpaksa terhegeh-hegeh mengejar cintanya!

6. Ramai Teman Wanita

Lelaki playboy memang pakar dalam bab memikat. Jadi, tidak hairan kebanyakan lelaki playboy ini terdiri dalam kategori mereka yang mudah bergaul dan ‘charming’. Namun, mereka tidak akan mempamerkan secara terang-terang sikap penggoda itu, walaupun sebenarnya seorang pemikat.
Justeru itu, teman wanitanya sangatlah ramai dan ada di mana-mana sahaja. Lelaki playboy akan bertukar-tukar pasangan tanpa ada perasaan bersalah!

7. Perbualan sering menjurus ke arah seksualiti

 Sifat lelaki playboy ini selalunya lebih berbaur sensual berbanding lelaki setia yang lebih bersifat bertanggung jawab dan mengambil berat dalam hubungan.

Inilah perkara yang paling utama yang perlu anda ‘alert’. Topik perbualan si
lelaki playboy ini biasanya lebih menjurus kepada masalah seks,lucah dan sebagainya. 

Kesimpulannya, sebagai wanita anda perlu lebih berhati-hati, jangan membuka sedikitpun ruang untuk lelaki playboy.Cuba elakkan perhubungan yang boleh menjerat diri anda sendiri kerana lelaki playboy ini boleh berada di mana-mana sahaja!


0 comments :