Dr Mahathir: Najib rampas kuasa Agong, raja



najib-rampas-kuasa

Dr Mahathir dalam satu majlis Bicara Santai Bersama Dr Mahathir di Senawang hari ini mengkritik tentang akta baru MKN yang mana proses pembentangan dan undian rang undang-undang itu didakwa dilakukan secara tergesa-gesa pada hari terakhir sidang parlimen kali ini.

Beliau antara lain dipetik berkata, "Kuasa Agong sekarang telah dipindahkan kepada Najib."

"Dengan kuasa itu, dia boleh mengisytiharkan darurat dengan mendakwa terdapat ancaman keselamatan. Siapa saja yang didakwa cuba sabotaj negara boleh ditangkap," katanya di majlis Bicara Santai Bersama Dr Mahathir di Senawang hari ini.

Beliau antara lain turut mengulas tentang kuasa mutlak yang diberikan kepada Perdana Menteri di bawah rang undang-undang baru itu yang mana ianya secara tidak lansung mengurangkan kuasa raja-raja.



0 comments :