Resepi Kuih Biskut Arab Susu Sukatan Cawan Mudah



resepi-biskut-arab-susu-sukatan-cawan-sedap-mudah

Berikut dipaparkan cara-cara untuk memasak kuih biskut arab susu gebu yang mudah dengan menggunakan ukuran sukatan cawan yang mudah dan sedap

Senarai Koleksi Resepi emajalah2u

Bahan-bahan untuk memasak biskut arab susu :

Sedikit garam
Gula aising
Ceri  merah secukupnya
7 cawan tepung gandum
2 cawan susu tepung
2 cawan minyak sapi

Cara penyediaan biskut arab susu gebu sukatan cawan:

1. Mula-mula, campurkan susu tepung, minyak sapi dan sedikit garam ke dalam satu bekas dan gaulkan sehingga sebati.

2. Kemudian, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan membentuk doh.

3. Seterusnya, bentukkan doh menjadi bulat-bulat yang kecil lalu hiaskan dengan ceri potong

4. Kemudian ianya dibakar hingga masak pada suhu 180'C selama 15-20 minit atau sehingga masak.

5. Akhir sekali, apabila biskut sudah masak, sejukkan sebentar dan gaulkan biskut dengan gula aising setelah sejuk sedikit.

6. Simpan di dalam bekas kedap udara.



0 comments :