Info Cara Semakan Senarai Hitam PTPTN Online
Bagi para peminjam PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) yang mempunyai tunggakan pinjaman YTN, senarai hitam PTPTN akan dikenakan kepada mereka yang masih belum menjelaskan baki tertunggak hutang.
Bagi mereka yang ingin membuat semakan bolehlah mengisi maklumat penuh anda secara online. Antara maklumat yang diperlukan ialah No Kad Pengenalan, No Telefon dan e-Mail. Bagi yang mempunyai tunggakan ptptn, senarai hitam akan dilaksanakan secara berperingkat.
Cara Semakan senarai hitam imigresen dan ptptn online boleh dilakukan melalui kaedah semakan seperti berikut:
1. Portal Rasmi PTPTN - Semakan Senarai Hitam
2. Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melalui pautan – Semakan Status Kawalan Imigresen
3. Careline PTPTN di talian 03-2193 3000
4. Hadir di kaunter PTPTN / JIM
Untuk mereka yang merancang keluar negara bolehlah membuat semakan applikasiSenarai Hitam Imigresen Ke Luar Negara Online sebelum menetapkan tarikh perjalanan
Bagi para peminjam yang telah disenarai hitam oleh ptptn dan imigresaen, tindakan yang akan diambil adalah:
1. Tidak dibenarkan memperbaharui passport
2. Dihalang dari ke luar negara