Emma Maembong: Zizan Razak tak perlu bahan saya

Segmen Apa Kes minggu ini daripada BH TV telah menemuramah Emma Maembong mengenai bekas teman lelakinya, Zizan Razak yang kerap menggunakan namanya sebagai bahan lawak.

“Secara jujur, memanglah tak selesa’kan? Benda saya dah move on, dia pun dah move on, jadi kenapa setiap program yang dia ada, mesti nak kena bahan saya. Memanglah kadang-kadang tak sebut tapi orang semua tahu benda khas tuju untuk saya” merupakan antara komen yang di beri oleh emma.

“Saya pun dah tutup mulut, tak cakap apa-apa. Tapi bila dia nak buat lawak, tak taulah, dia macam takde modal lain. Saya tak tau sampai skearang ni masih nak bahan bahan saya lagi sedangkan saya tak bahan dia”

“Pergi event pun orang dah takkan tanya pasal dia. Saya rasa macam tak eloklah untuk nama saya, family saya bila dia nak buat lawak-lawak macam tu. Sebab saya pun ada perasaan juga,” jelas Emma kepada BH TV. Tambah Emma, dia juga mempunyai perasaan selain rasa ingin dihormati sebagaimana Zizan mahu keluarganya turut dihormati.


Post a Comment

Previous Post Next Post