9 kebaikan minum air masak waktu pagi


Air merupakan sumber asas kehidupan bagi manusia dan semua jenis hidupan yang ada di muka bumi.

Air kosong atau air masak pula elok diambil pada kuantiti yang banyak berbanding meminum air yang manis.

9 kebaikan minum air masak waktu pagi


Berikut merupakan antara waktu yang sesuai untuk minum air masak kosong:
  • Ambil 2 gelas air masak - Pengambilan air masak selepas bangun tidur dapat membantu mengaktifkan organ dalaman.
  • Ambil segelas air masak – 30 minit sebelum makan bagi membantu penghadaman dan perut lebih ruang untuk isi makanan.
  • Ambil segelas air masak – Sebelum mandi dapat membantu proses pengaliran darah dan menurunkan tekanan darah.
  • Ambil segelas air masak – Sebelum tidur mampu mencegah dari terkena strok/ ahmar atau serangan jantung ketika tidur.




Manfaat minum air kosong waktu perut kosong di waktu pagi


1. Kulit bertambah berseri dan cantik.

Amalan pengambilan air masak atau kosong secara kerap dapat membersihkan tubuh badan dari toksik berbahaya akibat dari diet makanan yang tidak betul.

Kerana meminum air kosong membantu kita membuang racun di dalam tubuh, jadi kulit pun jadi tidak tampak kusam lagi.

Minum air kosong setiap pagi setelah bangun tidur mampu membantu membersihkan racun dalam darah sehingga wajah kita cantik dan bersinar.

2. Perbaharui sel dalam badan
Minum air kosong di waktu pagi bermanfaat untuk memperbaharui organ, otot beserta seluruh sel darah di tubuh badan kita.

3. Penyeimbang Sistem Peredaran Limfa (Getah Bening)
Sistem dapat bekerja dengan optima, maka tubuh akan memiliki kekuatan lebih untuk melawan jangkitan yang dapat menganggu kualiti kesihatan tubuh anda.

4. Menyeimbangkan Sistem Limfatik
Air kosong membantu menyeimbangkan sistem limfatik. Dengan menghidrat tubuh, mampu memaksimalkan fungsi tubuh anda dalam seharian, menyeimbangkan cairan tubuh dan mencegah jangkitan.

5. Melangsingkan Tubuh
Berat badan yang ideal merupakan impian setiap orang. Bagi anda yang ingin menyesuaikan berat badan, mulailah dengan mencukupkan keperluan air kosong setiap pagi.

6. Membersihkan Usus
Usus besar merupakan salah satu organ di sistem pencernaan kita. Dengan meminum air dalam keadaan perut kosong, kita membantu membersihkan kembali usus dan
membuatnya lebih mudah menyerap nutrisi makanan yang berikutnya.

7. Menambah Darah
Waktu anda rasa sesak, pening dan anemia, ada baiknya minum air dalam jumlah yang cukup. Dengan begitu, kita membantu tubuh membentuk sel darah yang baru dan membantu pembentukan sel otot.

8. Organ Ginjal Yang Lebih Sihat
Mencukupkan keperluaan air kosong di pagi hari dapat membantu meringankan kerja organ ginjal sekaligus menjaga kesihatan organ ginjal tersebut.

9. Melancarkan pembuangan Air Besar
Bagi seseorang yang mengalami sembelit atau susah membuang air besar pad awaktu pagi, sebaiknya minum air kosong selepas bangun tidur yang mana bertujuan untuk membantu melancarkan pembuangan air besar.

Manfaat air
• Minum air sekurang-kurangnya lima gelas sehari kurangkan risiko kanser usus (45 peratus), kanser payu dara (79 peratus) dan kanser pundi kencing (50 peratus).
• Sumber air datang daripada minuman (47 peratus), makanan (39 peratus) dan proses metabolisme di dalam sel (14 peratus).
• Punca utama keletihan pada waktu siang menyebabkan pernafasan jadi pendek, sakit perut, kebas dan risau.
• Mengantuk selepas makan tengah hari, petanda badan kurang air. Diperlukan untuk proses pencernaan dan metabolisme makanan.
• Air ada dua komponen iaitu dua molekul hidrogen dan satu molekul oksigen (H2O); apabila digunakan untuk proses pencernaan,

bekalan oksigen ke otak berkurangan menyebabkan mengantuk, letih dan kurang tumpuan.

Post a Comment

Previous Post Next Post