6 Kelebihan Yoga Untuk lelaki



kebaikan-kelebihan-yoga

Yoga berasal daripada bahasa Sansekerta bermaksud satu aktiviti di mana seseorang memusatkan seluruh fikiran untuk mengawal pancaindera dan tubuhnya secara keseluruhan yang bererti mengendalikan, mengatur, fokus dan berfungsi menyelaraskan tubuh, jiwa dan fikiran.

Kebaikan dan kelebihan amalan yoga untuk lelaki adalah ianya dapat melancarkan aliran oksigen di dalam tubuh sehingga tubuh sihat termasuk wajah.

Apa itu yoga?

Yoga adalah merupakan satu disiplin gerakan yang mudah postur badan untuk dilakukan baik secara berdiri, duduk atau berbaring di samping kawalan minda dan pernafasan yang betul untuk kesihatan dan ketenangan minda.

Bagi penganut agama hindu pula ianya disertakan dengan gerakan spiritual dalam gerakan-gerakan yoga.

Maklumat bagi mereka yang masih beginner dalam praktis senaman yoga (yoga pemula) ialah tentang asal usulnya yang berasal dari negara India dan telah diamalkan oleh masyarakat 4,000 tahun lalu.

Namun dengan perubahan zaman dan teknologi yoga mula berkembang ke seluruh dunia terutamanya di Amerika Syarikat (United States) sejak tahun 1960-an.

Yoga mempunyai banyak versi dan gabungan seperti yoga pilates yang cukup popular masa kini.

Kelebihan Yoga untuk lelaki

Bagaimanapun, bagi kebanyakan lelaki di luar sana, anda perlu untuk mengetahui kebaikan dan rahsia di sebalik rutin senaman yoga ini. Antaranya termasuk:

1. Yoga sebagai senaman rawatan (yoga workout routine)

Senaman adalah rawatan, bukan penyeksaan. Kebanyakan masyarakat menganggap senaman adalah satu aktiviti yang menyeksakan kerana perlu mengangkat berat, berlari sehingga kaki kejang, berpeluh sehingga baju basah dan sebagainya.

Anda lebih memilih berlari di atas ‘treadmill’ hanya kerana anda makan terlampau banyak dan mahu membakar kalori. Yoga adalah jalan terbaik untuk bersenam kerana ia merawat tubuh anda dan bukan menyeksa tubuh anda.

2. Yoga mampu mengurangkan tekanan

Bertindak sebagai penghapus tekanan. Menurut penemuan yang dilakukan di Universiti Press Oxford, yoga berkesan dalam mengurangkan tekanan dan sakit belakang ketika bekerja.

Kajian dilakukan ke atas peserta yang dibahagi kepada dua kumpulan. Satu kumpulan melakukan yoga manakala satu lagi kumpulan tidak melakukan yoga.

Ternyata kumpulan yang melakukan yoga dilaporkan kurang tekanan, kurang sakit belakang dan kurang murung serta lebih tenang berbanding kumpulan lain.

3. Yoga mampu meningkatkan fokus

Antara kebaikan yoga yang cukup dikenali adalah bagi meningkatkan fokus dan motivasi pengamalnya.

Kajian dilakukan oleh Universiti of Illinois dan diterbitkan di dalam Jurnal Kesihatan dan Aktiviti Fizikal di mana yoga mampu meningkatkan konsentrasi atau fokus dan fungsi otak.

Seramai 30 peserta yang melakukan yoga mempunyai tahap kecekapan, pembelajaran dan fokus yang tinggi berbanding peserta yang melakukan senaman aerobik dan berjalan di atas ‘treadmill’.

4. Yoga membantu penghidap insomnia

Tidur yang berkualiti. Yoga membantu memulihkan pesakit insomnia meskipun hanya melakukan yoga sebanyak 45 minit seperti bermeditasi dan bernafas secara mendalam setiap malam selama lapan minggu.

Pesakit insomnia kini mempunyai tidur yang lebih berkualiti, mudah bangun pagi dan bertenaga sepanjang hari tanpa rasa mengantuk.

5. Yoga menguatkan postur badan

Postur yang sempurna. Menghabiskan masa dengan duduk menghadap komputer boleh mengundang postur tubuh badan yang tidak baik sehingga mendatangkan risiko sakit tulang belakang.

Apabila anda melakukan yoga, otot dan urat di dalam badan anda menjadi kendur dan ia membantu anda mempunyai satu postur yang sempurna dan membantu anda berjalan dengan penuh bergaya dan yakin.

6. Yoga dapat memberi keseimbangan

Tubuh badan lebih lembut dan seimbang. Sebuah laporan kesihatan sebelum ini pernah menemui yang yoga memperbaiki fungsi tubuh badan dan keseimbangan pesakit yang menghidap strok.

Pesakit yang mengamalkan yoga dikatakan berjaya berdikari daripada terus terjatuh dan ia adalah khabar baik buat penderita strok.

Kesimpulan

Setiap orang memiliki tenaga atau aliran panas yang berasal dari dalam tubuh. Dengan yoga, kita dapat mengarahkan tenaga tadi pada sesuatu yang bersifat konstruktif dan disalurkan kepada satu aliran yang betul.

Yoga adalah induk daripada senaman serta pelbagai jenis bela diri, tari, muzik, nyanyian, bahkan seni bercinta dan penyembuhan. Malahan atlit sukan dan olahraga juga banyak mengamalkan yoga untuk kebaikan tubuh badan mereka.

Sebagai seni olah jiwa dan raga, yoga sebenarnya menggabungkan pengendalian fikiran, pernafasan dan latihan fizik.

Gerakannya cenderung halus dan tidak terburu-buru. Dalam latihan yoga, setiap postur yang diperagakan memiliki erti berbeza baik untuk tubuh mahupun fikiran.

Duduk misalnya untuk rehat. Sementara berdiri untuk membangkitkan tenaga. Manfaat yoga diyakini meliputi segala usia.

Tidak seperti aerobik atau rutin senaman dalam gimnasium, yoga memberikan dua disiplin praktikal iaitu gerak dan diam. Disiplin gerak bermanfaat untuk menguatkan fizik, menghilangkan kekakuan sendi dan otot serta mengawal kesihatan saraf dan kelenjar tubuh.

Mungkin kerana geraknya perlahan dan lembut, golongan lelaki tidak gemar dan menganggapnya satu jenis senaman untuk wanita.

Tolak ketepi tanggapan yang yoga ini sukar untuk dilakukan dan boleh mendatangkan kecederaan buat anda yang mempunyai tubuh badan ‘keras’. Sebenarnya, anda boleh mencuba posisi yoga khusus untuk orang yang baru belajar.

Percayalah, yoga tidak langsung mencacatkan reputasi anda sebagai lelaki, sebaliknya ia akan memberikan kesihatan yang jauh lebih baik untuk dalaman seseorang lelaki itu.



0 comments :