Resepi Kuih Nona Manis Sukatan Cawan Simple Step by Step

resepi-kuih-nona-manis-sukatan-cawan-mudah

Kuih Nona manis merupakan antara kuih kegemaran kebanyakan dari masyarakat malaysia. Selain dari rasanya yang sedap, bentuk nya yang kecil molek turut membuatkan ianya mudah dimakan.
Sering dijadikan juadah sarapan pagi, minum petang atau juga sebagai juadah berbuka puasa atau moreh di surau dan masjid.

Senarai Koleksi Resepi Best Mudah Sedap Terkini 2020
Resepi Masak Lemak Ikan Patin 

Bahan-bahan diperlukan untuk penyediaan kuih nona mudah:

Bahan 1

1 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/2 cawan gula halus
1 cawan santan

Cara penyediaan bahan 1: 

1- Pertama, masukkan telur dan pukulkan sehingga kembang.
2- Kedua, masukkan telur dalam pengisar dan putar.
3- Ketiga, satukan gula, tepung gandum dan santan ke dalam bekas yang lain dan kacau rata.
4- Keempat, campurkan bahan tadi dengan telur dan kacau hingga rata.
5- Terakhir, ketepikan apabila adunan sudah siap.

Bahan 2

sedikit pewarna hijau
secubit garam
1/4 cawan tepung jagung
1/4 cawan gula halus
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan air pandan
1/2 cawan air

Cara penyediaan bahan 2:

1- Mula-mula, sediakan 5 helai daun pandan yang telah dicuci bersih dan masukkan ke dalam pengisar bersama 1/2 cawan air. Kisarkan sehingga sedikit lumat lalu tapiskan airnya.
2- Kemudian, satukan air pandan dan santan di dalam sebuah bekas. Campurkan gula, tepung jagung, secubit garam, Jika pewarna pandan kurang menyerlah, masukkan sedikit pewarna hijau ke dalam acuan.
3- Seterusnya, kacaukan sehingga rata dan tidak berketul. Masak pada api sederhana hingga pekat.
4- Selepas itu, satukan adunan bahan 1 dan bahan 2. Kacau sehingga rata dan kelihatan pekat.
5- Akhir sekali, ketepikan dahulu dan sediakan pula adunan putih.

Bahan 3

1/2 sudu teh garam
1 sudu besar tepung gandum
1 cawan santan

Cara-cara membuat kuih nona manis:

1- Mula-mula, masukkan santan, tepung gandum dan sedikit garam dan kacau rata. Masak diatas api sederhana sambil dikacau sehingga menjadi pekat.
2- Kemudian, biarkan adunan sedikit suam lalu masukkan ke dalam piping beg atau botol sos. Panaskan periuk kukus sehingga air mendidih dan tutupkan dengan kain agar air pada penutup periuk tidak menitis atas kuih.
3- Selepas itu, sediakan acuan lompang yang kecial dan oleskan sedikit minyak masak.
4- Tuangkan adunan hijau ke dalam acuan sehingga lebih kurang 3/4 cawan. Paipkan adunan putih ke tengah-tengah adunan hijau sehingga adunan naik penuh ke acuan.
5- Seterusnya, susunkan kuih kemas-kemas di dalam periuk kukus dan kukuskan selama lebih kurang 10min atau sehingga masak sepenuhnya.
6- Akhir sekali, angkat dan biarkan kuih sejuk seketika setelah siap dimasak sebelum dikeluarkan dari acuan.

2 Comments

  1. Bahan 1 tk de pun tulis tepung gandum.. tp knp cara2 ada buh t.gandum..??

    ReplyDelete
  2. Ada la... 😊

    ReplyDelete
Previous Post Next Post