Resepi Rendang Ayam Asli Mudah Sedap



resepi-rendang-ayam-asli-mudah-sedap

Rendang ayam merupakan antara masakan popular menjelangnya lebaran. Berikut ditunjukkan cara-cara untuk memasak rendang ayam yang sedap dan mudah

Senarai Koleksi Resepi Emajalah2u

Bahan-bahan diperlukan untuk masakan rendang ayam tradisional :

minyak masak
gula pasir
garam
asam keping
2 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit
1 kilo santan
1 ekor ayam

Bahan untuk kisar halus rendang ayam asli:

6-8 ulas bawang putih
4 batang serai
3 inci lengkuas
3 inci halia
20 tangkai cili kering
2 labu bawang besar
2 inci kunyit hidup
2 biji buah keras

Cara-cara memasak rendang ayam:

1. Mula-mula sekali, tumiskan kesemua bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak.

2. Kemudian, masukkan ayam dan biarkan sehingga ayam agak kecut dan kering airnya. Masukkan santan.

3. Seterusnya, masak rendang dengan api kecil sehingga pekat dan pecah minyak.

4. Akhir sekali, masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping ke dalam periuk. Masukkan juga daun kunyit dan biarkan masak sehingga ayam empuk. Tutup api.



0 comments :