Resepi Kuih Semperit Sukatan Cawan Mudah dan Sedap




Berikut dipaparkan resepi biskut kuih  semperit tradisional yang mudah dan gebu. Kuih ini merupakan antara juadah popular sempena hari raya aidilfitri untuk menjadi hidangan kepada para tetamu yang datang berkunjung.

Terdapat pelbagai variasi dalam pembuatan kuih semperit. Dari segi rupanya ada yang memilih samaada berbentuk bunga dahlia atau bunga cina dengan penggunaan acuan kuih semperit atau boleh juga dalam bentuk panjang empat segi.

Koleksi Penuh Resepi Emajalah2u

Gambar di atas merujuk kepada rupa kuih semperit berbentuk bunga. Antara variasi kuih semperit juga ada yang menggunakan coklat dan susu dalam masakan biskut kuih semperit.

Bahan-bahan diperlukan untuk membuat kuih semperit:

1 sudu teh esen vanila
2 biji kuning telur
2 cawan tepung jagung
2 sudu teh pewarna kuning
hirisan buah ceri merah/hijau (hiasan)
1 cawan tepung ubi
1 cawan tepung gandum
1 cawan mentega
1 cawan gula kisar

Cara penyediaan biskut semperit sukatan cawan:

1. Mula-mula, masukkan gula dan mentega dalam bekas dan putarkan. Setelah sebati, campurkan telur dan esen vanilla.

2. Kemudian, ayakkan tepung jagung bersama tepung gandum dan tepung ubi. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bahan yang telah siap diputar tadi. Ulikan tepung sehingga sebati.

3. Jika tepung masih lembik, tambahkan dengan tepung jagung sedikit sehingga adunan betul-betul sebati.

4. Seterusnya, sapukan dulang dengan sedikit butter. Masukkan doh kuih ke dalam acuan semperit dan tekankan doh mengikut bentuk bunga dahlia. Hiaskan dengan buah ceri yang dipotong kecil di atasnya.

5. Akhir sekali, panaskan oven pada suhu 150'C dalam lebih kurang 30 minit sehingga masak sepenuhnya.



0 comments :