resepi Kuih biskut makmur sukatan cawan mudah

resepi-kuih-biskut-makmur-sukatan-cawan-sedap

Berikut dikongsikan tentang resepi kuih biskut makmur yang merupakan makanan yang popular di hari lebaran.

Senarai Koleksi Resepi Emajalah2u

Bahan-bahan diperlukan untul membuat biskut makmur:

1. Bahan-bahan untuk doh biskut makmur

500g tepung gandum
2/3 cawan gula icing
1 tin kecil minyak sapi
paper cup

2. Bahan-bahan Untuk Membuat inti biskut makmur

200g kacang tanah
3/4 cawan gula icing
1 sudu besar mentega kacang

3. Bahan untuk salutan biskut

gula icing

Cara-cara menyediakan biskut makmur:

1. Mula-mula sekali, sangaikan tepung gandum dalam kuali, dan ayakkan tepung bersama gula icing.

2. Kemudian, gaul adunan bersama minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga terbentuk doh yang lembut dan senang diuli.

3. Seterusnya, kisarkan kacang tanah yang sudah digoreng dan dicampurkan bersama gula icing serta mentega kacang.

4. Selepas itu, ambil doh lalu diuli dan dileperkan.

5. Letakkan inti kacang di tengah-tengah doh.

6. Tutupkan inti dan uli bujur/bulat mengikut bentuk sendiri.

7. Berikutnya, susunkan biskut yang telah siap diuli atas loyang dan bakar selama 10-15 minit pada suhu 150-160 darjah celcius.

8. Sejukkan biskut sebelum disalutkan kedalam gula icing.

9. Biskut siap dihidang dan diletakkan di dalam balang untuk simpanan.

Post a Comment

Previous Post Next Post