Resepi Kuih Lopes Gula Melaka Gebu Asli Sedap Mudah



resepi-kuih-lopes-sedap-simple-air-gula

Resepi Kuih Lopes Gula Melaka Gebu Asli Sedap Mudah

Kuih lopes asli merupakan antara makanan kegemaran ramai tidak kira waktu samaada pagi, petang atau juga antara makanan yang popular di bulan ramadhan yang menjadi antara resepi wajib pasar ramadhan seluruh negara.

Terdapat dalam pelbagai bentuk, antaranya kuih lopes bentuk segitiga, bulat atau pun kuih lopes bentuk 4 segi yang menjadi pilihan. Apapun bentuk nya kuih lopes yang diadun bersama pulut yang lembut dan sedap sentiasa menjadi pilihan ramai.

SENARAI PENUH KOLEKSI RESEPI EMAJALAH2U

Bahan-bahan diperlukan untuk resepi kuih lopes:

pewarna hijau
1/2 sudu teh garam
2 cawan santan cair
3 cawan beras pulut
daun pisang
kelapa parut putih
1/2 cawan air pandan

Bahan air gula kuih lopes:

Air
Daun pandan
Gula melaka

Cara Membuat Kuih Lopes Gula Melaka:

1. Pertama, cucikan beras pulut sebersihnya.

2. Kedua, rendam beras pulut selama 1/2 jam. Toskan beras pulut. Seterusnya, masukkan beras, air pandan dan santan cair ke dalam periuk.

3. Ketiga, masak beras pulut seperti memasak nasi. Sementara itu, panaskan pengukus.

4. Keempat, hiriskan daun pisang kepada 4 segi. Pulut yang siap dimasak dibalutkan dengan daun pisang pulut dan gulungkan dalam bentuk silinder padat.

5. Kelima, ikat daun pisang dengan kemas. Kukuskan pulut selama 15-20 minit sehingga masak.

6. Akhir sekali, angkat dan sejukkan. Potong bulat dan gaul dengan kelapa parut. Hidangkan bersama air gula melaka.

Tips tambahan untuk kuih lopes sedap mudah:

**memotong pulut yang siap dimasak menggunakan benang yang direnggangkan supaya pulut kelihatan cantik dan elok.



0 comments :