Resepi Puding Jagung Kastard Sukatan Cawan Mudah Sedap

Resepi-Puding-Jagung-Kastard-Sukatan-Cawan

Resepi Puding Jagung Kastard Sukatan Cawan Mudah Sedap

Berikut dipaparkan berkenaan masakan puding jagung kastard sukatan cawan dan boleh dicuba sendiri di rumah.

Puding jagung kastard enak jika dimakan waktu petang ketika bersantai bersama keluarga tercinta. Kanak-kanak juga menyukai puding yang lembut dan mengenyangkan.

Antara jenis recipe kuih puding jagung lain yang popular adalah seperti puding jagung coklat serta puding jagung berkuah untuk hidangan koktail dan juga puding jagung yang mempunyai campuran roti dengan proses cara membuat puding jagung nya juga lebih kurang sama.

Puding jagung juga boleh menggunakan bahan asas santan bagi menggantikan penggunaan susu cair dalam cara bikin puding yang menjadi pilihan ramai ini.

Follow my blog with Bloglovin

SENARAI PENUH KOLEKSI RESEPI EMAJALAH2U

Berikut merupakan bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak puding jagung:

- 3 gelas atau cawan air
-1.5 cawan tepung kastard
-1.5 cawan gula
-1 tin jagung
-1 tin susu cair

Cara Memasak Resepi Puding Jagung Kastard Sukatan Cawan

1. Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan masukkan gula beserta tepung kastard ke dalam periuk masakan.

2. Untuk langkah seterusnya, tuangkan satu tin susu cair ke dalam bahan pertama tadi beserta satu tin jagung manis dan dikacau rata.

3. Langkah membuat puding seterusnya, masukkan secubit garam secukup rasa dan tuangkan air ke dalam periuk tadi dan kacau semua campuran hingga sebati dan tidak berketul.

4. Selepas itu proses memasak puding bermula dengan periuk memasak diletakkan di dapur dan campuran puding tadi dimasak dengan menggunakan api yang paling minimum untuk mendapat kan rasa puding yang maksima.

5. Ketika proses memasak, kacaukan semua bahan tadi agar tidak berketul-ketul. Kacaukan sehingga puding kelihatan pekat dan berkilat.

6. Sebagai langkah terakhir dalam proses penghasilan puding, tuangkan puding jagung kastard ke dalam sebuah loyang atau bekas tupperware juga boleh lalu dimasukkan ke dalam peti ais apabila sudah sejuk.

7. Puding jagung kastard enak pekat manis sedap siap dan sedia untuk dinikmati ketika sejuk bersama keluarga, rakan pejabat atau sebagai buah tangan.

Post a Comment

Previous Post Next Post