Resepi Kek Oren Simple Senang Gebu Moist Lembap

koleksi-resepi-kek-popular

Resepi Kek Oren Simple Senang Gebu Moist Lembap

Dengan cara penyediaan kek oren span yang lembut yang mudah samaada menggunakan sukatan cawan atau dengan cara timbang ianya dapat disediakan sendiri di rumah.

Dengan pelbagai harga kek oren murah yang boleh didapati di pasaran mengikut size pastinya ianya satu resepi yang sedap dan menarik untuk dicuba bersama keluarga.

Kek oren juga merupakan antara pilihan kek untuk hidangan yang popular kerana ianya cukup digemari kanak-kanak. Antara jenis kek yang popular lain adalah seperti kek coklat, kek pisang dan kek pandan.

Buah oren bukan hanya sedap dimakan malah sedap juga jika dibuat kek. Berikut merupakan resipi bahan dan cara buatan kek oren gebu gebas.

Bahan-bahan diperlukan untuk kek oren lembut

- Sedikit parutan kulit buah oren
- 3 biji telur ayam
- 2 sudu teh (besar) jus Sunquick (perisa oren)
- 115g gula kaster
- 150g mentega
- 160g tepung gandum yang diayak
- 1 sudu teh (kecil) baking powder

Cara pembuatan penyediaan Resepi Kek Oren Simple Senang Gebu Moist Lembap

1. Cara terbaik adalah dengan mencampurkan dahulu mentega butter dan gula, dan kemudian diputar hingga  kembang terlebih dahulu.

2. Setelah campuran mentega dan gula sebati serta kembang, proses seterusnya adalah dengan memasukkan telur,tepung dan baking soda yang telah diayak sedikit demi sedikit ke dalam bekas adunan.

3. Sepanjang kaedah pertama tadi, diselang selikan dengan kemasukan jus oren sikit-sikit dan masukkan bahan terakhir iaitu parutan kulit buah oren.

4. Kemudian untuk proses pembakaran kek, sediakan loyang bersaiz 7'' x 7'' dan ratakan bahagian dalam loyang dengan mentega serta pastikan lantai loyang di lapik terlebih dahulu dengan baking paper.

5. Tuangkan adunan kek kedalam loyang pemanggang dan bakar selama 25-30min pada suhu 170C sehingga masak.

6. Kemudian apabila siap dibakar dan untuk proses hiasan kek ianya boleh dihias dengan menggunakan krim atau icing mengikut kesukaan dan kreativiti anda dan ianya siap dihidang.

7. Kek oren gebu gebas sesuai dihidang dan dimakan pada waktu petang mahupun dihidangkan kepada tetamu yang berkunjung.

Post a Comment

Previous Post Next Post