Resepi Masak Pasta Spaghetti Seafood Aglio Olio Simple Sedap



resepi-pasta-spageti-aglio-olio-mudah

Resepi Masak Pasta Spaghetti Seafood Aglio Olio Simple Sedap

Berikut merupakan resepi masakan western pasta spaghetti aglio olio yang simple dan sedap serta menyelerakan apabila dipandang.

Senarai Koleksi Resepi Emajalah2u

Bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak spaghetti aglio olio (saiz hidangan untuk 5-6 orang)

500 gram  spaghetti/pasta lain
5 ulas bawang putih yang dicincang
3 sudu besar chili flakes
1 sudu kecil lada hitam serbuk


3 sudu besar oregano flakes
1 cawan minyak zaitun
1 kg makanan laut seperti udang /sotong/ pelbagai jenis kepah
1 sudu kecil garam
1 kiub pati ayam
daun parsley yang dicincang halus

Cara penyedian resepi masakan itali pasta aglio olio:

1. Mulakan dengan merebus spaghetti hingga lembut lebih kurang 7 minit (lihat pada bungkusan).

2. Toskan.

3. Panaskan minyak zaitun dalam kuali  dan tumiskan bawang putih hingga kekuningan.

4. Masukkan makanan laut, chili flakes, lada hitam, oregano flakes, kiub ayam dan garam.

5. Apabila makanan laut sudah pun masak, masukkan spaghetti dan sedikit air.

6. Gaul dan ratakan.

7. Akhir sekali taburkan daun parsley tadi. Boleh juga parutkan sedikit parmesan cheese di atas spaghetti yang sudah siap tadi.



0 comments :