10 Kebaikan Khasiat Chia Seeds Dalam Amalan Diet Harian



kebaikan-khasiat-petua-chia-seeds

10 Kebaikan Khasiat Chia Seeds Dalam Amalan Diet Harian

Chia Seeds atau nama saintifiknya Salvia Hispanica adalah sejenis tumbuhan berbunga dalam golongan pudina berasal dari Guatemala dan Mexico.Ianya mungkin kelihatan seperti biji selasih tetapi sebenarnya ianya adalah berbeza.

Khasiatnya Chia Seeds:

1. Mengawal Diabetes

2. Kaya dengan Serat - Pengambilan 28gram mengandungi 11 gram serat makanan, lebih kurang satu pertiga daripada jumlah serat yang disyorkan untuk seorang dewasa.

3. Menguatkan Gusi dan Tulang - Satu hidangan chia seed mengandungi 18 % jumlah kasium yang disyorkan utntuk kesihatan gigi , tulang dan mengelakkan osteoporosis.

4. Mengandungi Mangan - Mangan amat baik untuk tulang dan juga dapat membantu badan memproses mineral lain seperti Biotin dan Thiamin. Satu hidangan chia seeds mengandungi 30% mangan seperti yang disyorkan.

5. Mengandungi kandungan Fosforus yang tinggi - Mengandungi 27% fosforus yang disyorkan untuk badan dan amat penting untuk pembaikan dan pertumbuhan sel serta tisu dalam tubuh badan.

6.  Kaya dengan protein - Satu hidangan mengandungi 4.4 gram protein di dalamnya dan tidak mengandungi sebarang kolestrol.

7.  Menstabilkan Gula di dalam darah - Membantu menstabilkan gula dalam drah dan melawan rintangan bagi insulin yang terikat dalam peningkatan lemak perut.

8.  Cepat kenyang - Membantu mengawal selera makan, memberikan tidur yang selesa dan meningkat mood.

9.  Mengekalkan kesihatan jantung - Meningkatkan kolestrol sihat untuk tubuh badan dan pada masa yang sama mengurangkan jumlah kolestrol, LDL dan trigliserida.

10. Kaya dengan Omega 3 - Setiap hidangan mengandungi 5 gram asid lemak omega 3 dan ianya penting untuk kesihatan otak anda.



0 comments :