Semakan Online Daftar Pemilih SPR Malaysia




Syarat-syarat yang diletakkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mendaftar pengundi atau pemilih adalah seperti berikut:

1. Bakal pengundi mestilah WARGANEGARA MALAYSIA
2. Mencapai had umur yang ditetapkan iaitu 21 tahun
3. Bakal pemilih sedang menetap di mana-mana Bahagian Pilihan Raya di Malaysia

Bagi mereka yang layak dan memenuhi syarat-syarat berikut boleh lah mendaftar sebagai pengundi dengan cara-cara berikut:

Panduan tatacara pengisian dan penghantara Borang A untuk proses daftar pemilih pilihanraya


1. Pemilih yang layak boleh memilih jenis Borang A sama ada dari Parti Politik atau Wakil Jabatan atau Individu

2. Pemilih atau pengundi mestilah menggunakan alamat terkini dalam rekod JPN untuk proses daftar pengundi.

3. Untuk kelancaran proses pastikan Borang A diisi dengan betul

4. Setelah borang A lengkap diisi dalam dua salinan boleh borang tersebut diserahkan pada pendaftar pilihanraya negeri masing-masing.

5. Pemohon hendaklah menyertakan bersama salinan MyKad dan dihantar sendiri ke:

(a) Ibu Pejabat SPR, Putrajaya (link kepada alamat Ibu Pejabat);
(b) Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri; atau (link kepada alamat PPN)
(c) Penolong-Pendaftar Pemilih Yang Dilantik Oleh SPR.

6. Kepada para pemohon, borang A yang telah lengkap diisi TIDAK BOLEH dihantar melalui pos, faks ataupun e-mel.

7. Sila kepilkan salinan MyKad semasa menghantar permohonan

8 Salinan borang yang dihantar perlulah disimpan sebagai bukti pendaftaran.

9. Bagi yang sudah berdaftar, bolehlah membuat Semakan Pengundi Berdaftar Secara Online


0 comments :