5 pulau dan pantai Yang Menarik Di Pahang

pulau-di-pahang

Negeri Pahang merupakan sebuah negeri yang mempunyai banyak pantai-pantai yang cantik yang boleh di jadikan destinasi percutian bajet di malaysia.

Lokasi pantainya yang menghadap Laut cina selatan sentiasa menjadi tumpuan pelancong dan penduduk setempat kerana keindahan pantai dan hidupan laut.

5 pulau dan pantai Yang Menarik Di Pahang

Berikut ialah Senarai Pantai yang Menarik untuk di kunjungi di Daerah pahang

1. Pulau Tiomancuti-pulau-tioman

Pulau Tioman merupakan sebuah pulau yang terkenal dikalangan peminat sukan menyelam. Pulau Tioman memiliki keluasan 39 km panjang dan 12 km lebar.

Pulau Tioman  juga merupakan sebuah pulau di sebelah timur semenanjung Malaysia,di antara sempadan Pahang dan negeri Johor.

Pulau Tioman sebenarnya terletak dalam Rompin pentadbiran negeri Pahang Darul Makmur. Bentuk Pulau Tioman dari udara seperti seketul paha ayam. 70 km dari Mersing, Johor. Mersing ialah jeti yang paling popular di kalangan pelancong. 36 batu  dari jeti Tanjung Gemok, Kuala Rompin di Pahang.

2- Pantai Teluk Cempedak

pantai-pahang-cuti

Pantai Teluk Cempedak terletak kira-kira 5 km dari Kuantan, Pahang, Malaysia. Ia merupakan tempat perkelahan yang popular dan menjadi tumpuan ramai terutamanya pada  setiap hujung minggu.

Mempunyai pasir pantai yang bewarna putih  dan gebu. Kerajaan Negeri Pahang telah membina pelbagai kemudahan di Teluk Cempedak

Antara kemudahan yang disediakan adalah :

Menara tinjau
Restoran dan gerai-gerai
Titi / Jambatan menyusun pinggir bukit
Surau
Bilik mandi / tandas
Tembok pinggir pantai
Pentas
Hotel
Tempat letak kereta yang luas.

3. Pantai Cherating

Bagi mereka yang rindukan kehidupan malam di kota, Cherating dengan pantai yang panjang penuh dengan aktiviti malam di pusat hiburan, dan restoran makanan Barat menjanjikan keistimewaan tersendiri.

Satu lagi tarikan tambahan ke Cherating pastinya Pantai Chendor yang menjadi pusat pendaratan utama haiwan purba iaitu penyu di Pahang.

4. Pantai Batu Hitam

Pantai Batu Hitam Adalah Pantai Yang Di Panggil pantai batu Hitam mungkin kerana terdapat batu hitam dipinggir pantainya , iaitu ketika air cetek anda akan dapat melihat batu-batu hitam itu.

Pantai ini terletak hanya kira-kira 10 Km dari bandar Kuantan. Untuk datang ke pantai Batu Hitam , juga amat mudah kerana ia terletak di laluan menghala ke Terengganu iaitu diantara Kg. Beserah dengan Kampung Sungai Karang.

5. Pantai Balok

Pantai balok merupakan antara lokasi pelancongan negeri pahang yang popular untuk seisi keluarga.

Pantai balok yang istimewa juga terkenal dengan hidangan seafood laut yang sedap dan menraik seperti ikan bakar, seafood dan juga masakan ala thai yang menyelerakan dengan sumber ikan dan kerangan fresh dari laut.

Pemandangan di pantai balok ini juga menarik dan menyegarkan.

Lokasi pantai balok yang bersebelahan dengan pantai berserah ini juga sering menjadi tumpuan kawasan lepak dan santai di tepi pantai.

Post a Comment

Previous Post Next Post